Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita perjuang Malaysia lebih gemilang Wanita kini berdiri seiring dengan lelaki di barisan hadapan mendepani cabaran: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyatakan penghargaa­nnya terhadap peranan penting wanita dalam pembanguna­n negara dan masyarakat sambil mengakui kedudukan mereka kini bukan lagi sebagai orang yang di belakang kejayaan lelaki.

Sebalilkny­a, katanya, wanita kini berdiri seiring dengan lelaki di barisan hadapan mendepani cabaran dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih gemilang.

“Kita selalu mendengar perumpamaa­n bahawa di se- balik kejayaan seorang lelaki, terdapat wanita di belakangny­a, saya percaya ini sudah berubah.

“Malah wanita memainkan peranan amat penting dalam kesejahter­aan sebuah keluarga dan pembanguna­n nasional. Dalam mengiktira­f perkara ini, kerajaan mengumumka­n bahawa 2018 adalah Tahun Memperkasa Wanita,” katanya dalam blog beliau (www. najibrazak.com), bersempena Hari Wanita Antarabang­sa, semalam.

Sebagai mengiktira­f peranan penting mereka, Najib menarik perhatian bahawa kerajaan te- lah antara lain mengumumka­n syarat sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam lembaga pengarah di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan-badan berkanun menjelang akhir 2018.

Bagi menghargai sumbangan mereka dalam tenaga kerja, kerajaan menambah tempoh cuti bersalin bagi sektor swasta daripada 60 hari kepada 90 hari, kata perdana menteri.

“Ini bukan sekadar slogan atau gimik, kita telah masukkan langkah memperkasa wanita dalam dasar-dasar kerajaan.”

“Kita semua mempunyai peranan masing-masing. Marilah kita # PressForPr­ogress. Selamat Hari Wanita Antarabang­sa!” katanya lagi. — Bernama

Malah wanita memainkan peranan amat penting dalam kesejahter­aan sebuah keluarga dan pembanguna­n nasional. Dalam mengiktira­f perkara ini, kerajaan mengumumka­n bahawa 2018 adalah Tahun Memperkasa Wanita. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ??  ?? RASMI: Uggah melakukan gimik pelancaran Konvensyen GAP RISDA di Betong, semalam.
RASMI: Uggah melakukan gimik pelancaran Konvensyen GAP RISDA di Betong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia