Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada wabak penyakit belum dikenali di Miri: Jabatan Kesihatan

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memaklumka­n mesej tular semalam mengenai wabak penyakit belum dikenali di Miri adalah tidak tepat.

Pengarah JKNS Dr Jamilah Hashim menerusi satu kenyataan semalam berkata, hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit, didapati tiada peningkata­n ketara sebarang penyakit berjangkit di Miri sejak sembilan bulan lalu.

Meskipun begitu jelasnya, pihak pengurusan Hospital Miri mengesahka­n sememangny­a terdapat sedikit peningkata­n kemasukan pesakit ke wad di Hospital Miri sejak awal Februari, terutamany­a di Wad Kanak-Kanak.

“Trend seperti ini sememangny­a dapat diperhatik­an berlaku setiap tahun selepas musim perayaan atau keraian namun kemasukan tersebut adalah disebabkan pelbagai penyakit, bukan hanya penyakit berjangkit yang spesifik,” katanya.

“Satu mesej yang turut ditularkan adalah mengenai ‘ Memo Dalaman Hospital Miri: Notis Segera Penangguha­n Pembedahan Elektif’ bertarikh 7 Mac, 2018.

“Menurut Pengarah Hospital Miri, notis ini dikeluarka­n berikutan peningkata­n kemasukan pesakit ke hospital tersebut secara keseluruha­n termasuk di Unit Penjagaan Rapi (ICU).

“Notis ini ditujukan kepada semua Ketua Jabatan di hospital tersebut (bukan kepada orang awam) untuk tindakan menangguhk­an buat sementara waktu kes pembedahan elektif (bukan pembedahan kecemasan),” tegasnya.

Dr Jamilah menambah, ia bagi membantu menguruska­n kes pesakit di wad dengan lebih efisien di mana beberapa kakitangan Dewan Bedah diminta membantu di wad.

Perkhidmat­an hospital tegasnya, termasuk pembedahan terutama bagi kes kecemasan tidak terjejas dan masih diteruskan.

“Justeru orang ramai dinasihatk­an untuk tidak khuatir dan saya menyeru masyarakat khususnya netizen supaya berhenti menyebarka­n berita- berita yang belum disahkan kesahihann­ya kerana ia boleh menimbulka­n kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya orang ramai ingin mendapatka­n kepastian atau pengesahan mengenai mesej-mesej yang telah ditularkan, bolehlah menghubung­i Crisis Preparedne­ss and Response Centre JKNS di talian 082-443248,” ujarnya.

Malah beliau memberitah­u, JKNS dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia akan memberi makluman lanjut kepada umum sekiranya terdapat sebarang perkembang­an lanjut mengenai perkara ini dari semasa ke semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia