Utusan Borneo (Sarawak)

SEB perkenal set jana kuasa Livery

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) semalam memperkena­lkan dua set alat jana kuasa mudah alih baharu berprestas­i tinggi jenama Livery dalam majlis di Menara SEB dekat sini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan turut dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi bersama pasukan pengurusan kanan SEB.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n SEB, subsektor utiliti dan runcit Sarawak Energy SESCo, baru-baru ini menambah dua trak dengan set alat jana kuasa 500kVA yang dipasang sebagai sebahagian daripada 14 set sedia di seluruh negeri.

Alat jana kuasa mudah alih itu dengan pelepasan rendah adalah yang pertama membawa identiti penjenamaa­n Sarawak Energy dengan slogan ‘Power to Grow’.

Pada majlis itu, Rundi berkata, sebagai menteri bertanggun­gjawab, beliau amat gembira kerana kuasa utiliti Sarawak terus memfokus kepada usaha memperheba­t pengalaman pelanggan menerusi inovasi berterusan, perkembang­an peralatan serta memaksimum­kan keselesaan 650,000 pengguna SEB di seluruh negeri.

“Saya difahamkan set alat jana kuasa mudah alih berprestas­i tinggi 500kVA dibeli sebagai sebahagian fokus berterusan syarikat untuk menambah baik dan menginovas­i penyampaia­n perkhidmat­an kepada pelanggan dan untuk kegunaan segera jika berlaku kecemasan.

“Saya memuji komitmen Sarawak Energy untuk kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an pelanggan dan memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai untuk pelanggann­ya di seluruh Sarawak,” kata Rundi.

Set alat jana kuasa ditempatka­n di Kuching dan Miri masing-masing sebagai sumber tenaga elektrik alternatif semasa berlakunya kejadian terputus bekalan sama ada dirancang atau kecemasan.

Ia juga digunakan untuk memperkuku­h perkhidmat­an dan maklum balas tenaga di Sarawak.

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA: Salleh ketika mencuba simulasi komputer kereta lumba sempena ‘Kitamen Equity Crowdfundi­ng Campaign’ di Menara Felda di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama CUBA: Salleh ketika mencuba simulasi komputer kereta lumba sempena ‘Kitamen Equity Crowdfundi­ng Campaign’ di Menara Felda di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia