Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun industri getah Sarawak secara lebih terancang, kata Douglas Uggah

-

BETONG: Sarawak mahu menanam 200,000 hektar pokok getah untuk membangunk­an industri getah bagi pengeluara­n getah SMR, getah latex dan pokok yang sesuai dijadikan perabot.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, industri getah Sarawak perlu dibangunka­n secara lebih terancang dan teliti mengikut Pelan Induk Industri Getah bagi memenuhi permintaan serta mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia terhadap import bahan mentah.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata, Malaysia adalah pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia tetapi mengimport getah lateks daripada negara jiran kerana keluaran tempatan tidak mencukupi.

Lebih menyedihka­n katan- ya, baka yang digunakan petani Sarawak sebelum ini hanya sesuai untuk dijadikan getah SMR, manakala pokoknya pula tidak sesuai untuk dijadikan perabot.

“Sekarang kita mempunyai 165,000 hektar getah. Sebahagian besar sudah ditoreh tetapi di Sarawak apabila kita menanam semula, amalan kita sekarang ialah kita tebang dan kita biarkan pokok getah.

“Sedangkan di Semenanjun­g Malaysia kayu pokok getah ini sumber pendapatan untuk pekebun kecil kerana kayu getah mempunyai nilai pasaran yang tinggi untuk dijadikan perabot,” jelas beliau.

Uggah berkata, dengan adanya infrastruk­tur moden serta tanah kosong yang masih banyak untuk ditanam getah, potensi untuk membangunk­an industri berteraska­n getah lateks seperti sarung tangan sangat besar di Sarawak.

“Tanah kita masih luas, sebab itu dalam jangkamasa 10 tahun akan datang kita mahu menambah 200,000 hektar lagi,” kata Uggah.

Dengan adanya bekalan latex yang mencukupi, Uggah yakin Sarawak mampu menarik pelabur untuk datang ke sini seterusnya menyediaka­n peluang pekerjaan serta menambah pendapatan petani.

“Saya sudah mengarahka­n SALCRA untuk menanam 5,000 hektar getah. Kita mahu industri getah kita mempunyai dua pemain utama iaitu pekebun kecil dan ladanglada­ng besar.

“Kita mahu keluarkan getah SMR, getah lateks dan pokok getah yang sesuai untuk dijadikan perabot,” jelas beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Uggah berharap agensi itu akan meneruskan usaha untuk menambah-baik kehidupan pekebun kecil getah di Sarawak.

Beliau juga menyeru RISDA supaya membangunk­an program industri kampung di Sarawak seterusnya membawa syarikat untuk memasarkan produk penduduk kampung.

“Kita juga berharap rangkaian bekalan RISDA membantu kita meningkatk­an pendapatan petani sekali gus mencapai RM4,000 sebulan menjelang 2030,” kata Uggah.

Hadir sama, Ketua Pemuda PBB merangkap ADUN Layar Gerald Rentap Jabu serta Pengarah Bahagian Pengembang­an dan Pemindahan Teknologi RISDA Amran Jaafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia