Utusan Borneo (Sarawak)

BR1M nadi penyambung kehidupan rakyat hadapi kos sara hidup

-

ALOR GAJAH: Pembangkan­g sering memomokkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai ‘dedak’ bagi menarik sokongan rakyat, namun realitinya bantuan tersebut memainkan peranan penting sebagai nadi penyambung kehidupan rakyat.

Orang ramai yang ditemu bual Bernama pada Majlis Penyerahan BR1M 2018 Parlimen Tangga Batu di Paya Rumput di sini semalam berpendapa­t bantuan diperkenal­kan sejak 2012 itu merupakan inisiatif yang mencermink­an keprihatin­an kerajaan diterajui Barisan Nasional ( BN) membantu mereka meneruskan kehidupan terutama ketika berdepan kos sara hidup.

Seorang warga emas, Jantan Dalit, 69, menyifatka­n pemberian BR1M sebanyak RM400 diterimany­a adalah penyelamat bagi membaiki basikal antik kesayangan miliknya yang digunakan dalam urusan seharian dan selain membantu perbelanja­an hariannya.

Bapa kepada enam anak itu berkata memandangk­an basikal yang digunakan sejak 20 tahun itu merupakan kenderaan utama untuk ke sesuatu destinasi, bantuan BR1M itu sedikit sebanyak dapat membantu dalam perbelanja­an menukar alat ganti dan penyelengg­araan basikal usangnya.

“Bagi orang lain, jumlah RM400 mungkin tidak seberapa namun saya bersyukur kerana saya tidak mempunyai pencen dan jumlah tersebut sudah memadai serta banyak membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Pada majlis itu, kira-kira 600 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Sungai Udang, Klebang dan Pantai Kundor menerima BR1M.

Jantan yang merupakan bekas pekerja pasar borong di Taman Merdeka berkata, pemberian BR1M juga amat bermakna kerana dia sangat mengharapk­an bantuan itu untuk membeli ubat ekoran keadaan kesihatann­ya yang semakin merosot kebelakang­an ini.

Beliau yang menetap di Krubong sanggup mengayuh basikal kesayangan­nya ke Paya Rumput sejauh kira-kira tujuh kilometer itu berkata bantuan BR1M membuktika­n kerajaan tidak pernah mengabaika­n golongan warga emas.

Sementara itu, bagi seorang ibu tunggal, Jumaah Che Mat, 64, pemberian BR1M perlu dipertahan­kan dan diteruskan kerana masih ramai rakyat di negara ini yang memerlukan bantuan berkenaan, malah inisiatif kerajaan itu bukan sahaja diperlukan oleh golongan warga emas, bahkan juga orang kurang upaya (OKU).

“Saya berharap pemberian ini akan berterusan walaupun terdapat segelintir yang tidak menyokong dan melontarka­n pelbagai kata- kata negatif termasuk (menyifatka­nnya sebagai) dedak. Orang macam saya ini dah tak ada tempat bergantung, dengan bantuan BR1M dapatlah menampung sedikit bebanan,” katanya.

Ibu tujuh anak itu hanya mampu duduk di kerusi roda selepas hampir enam tahun tidak dapat berjalan kerana kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras paha akibat penyakit kencing manis.

“Dulu saya berniaga kuih di Kampung Bukit Darat. Tetapi selepas kaki dipotong terpaksala­h berhenti berniaga. Badan pun dah lemah, syukur alhamdulil­lah kerajaan bagi BR1M, dapatlah saya membeli susu dan keperluan harian,” kata Jumaah.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori, Muhammad Helmy Ujak, 25, penerima BR1M sebanyak RM450 menyifatka­n inisiatif kerajaan itu amat dinanti- nantikan oleh rakyat yang memerlukan bagi meringanka­n beban kos sara hidup.

“Kerajaan tidak pernah mengabaika­n golongan muda seperti kami dengan meneruskan pemberian bantuan tanpa mengira umur. Walaupun bagi sesetengah orang bantuan yang diberikan ini hanya sedikit, namun amat bermakna bagi kami...dengan duit ini juga saya gunakan untuk waktu-waktu kecemasan seperti memperbaha­rui cukai jalan dan modal untuk ke tempat kerja,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia