Utusan Borneo (Sarawak)

KOSPEN perlukan lebih ramai sukarelawa­n aktif

-

KULIM: Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) di sini perlu lebih ramai sukarelawa­n yang aktif dalam membantu penduduk luar bandar mendapat saringan awal kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata sukarelawa­n yang aktif ini mampu membantu penduduk memantau penyakit yang dihadapi mereka seperti kencing manis dan darah tinggi.

“Sukarelawa­n ini mendapat latihan asas yang khusus daripada jabatan kesihatan daerah dan kita percaya saringan awal kesihatan yang diadakan di pusat KOSPEN ini dapat meningkatk­an mutu kesihatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Program Serahan Peralatan COMBI dan KOSPEN dan Program Gotong-Royong Daerah Bandar Baharu Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Keda Sungai Salleh di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu Dr Syarifah Hildah Shahab, Pengerusi KOSPEN Keda Sungai Salleh Mohamad Noor Wan dan Ketua Pegawai AADK Bandar Baharu Junaidah Hassan.

“Setakat ini, kita mempunyai antara lima hingga 10 sukarelawa­n KOSPEN di setiap pusat dan kita harap akan lebih ramai tampil menjadi sukarelawa­n aktif,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Hildah berkata selain Keda Sungai Salleh, Kampung Majidi dan Taman Chempaka turut menerima sumbangan peralatan kesihatan tersebut.

“Secara keseluruha­n, terdapat 29 pusat KOSPEN dan 21 Pusat Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlak­u (COMBI) di sembilan lokasi lain di sekitar Bandar Baharu serta hanya pusat KOSPEN di sini mempunyai peralatan kesihatan terkini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Norsabrina berkata dia akan terus meminta kerajaan negeri dan pusat agar meluluskan pembinaan sebuah hospital di daerah Bandar Baharu.

“Kita perlukan hospital terutama hospital bersalin walaupun ia kecil kerana ia satu keperluan dan secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada penambahan jumlah kelahiran kerana penduduk tidak perlu risau untuk mendapatka­n rawatan di tempat sendiri,” katanya. — Bernama

Usaha akan tercapai dengan sokongan, kerjasama semua pihak khususnya pihak media: Pengerusi SPR

PRU bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jadi adalah penting pengundi menyemak status pengundian masingmasi­ng sebelum pilihan raya supaya mereka tahu maklumat tepat pengundian mereka agar (proses) pengundian berjalan lancar.

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyasarka­n 85 peratus daripada pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata usaha itu hanya akan tercapai dengan sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pihak media.

“Tambahan pula situasi politik yang berkecamuk dan adanya usaha pihak-pihak tertentu untuk memprotes dengan tidak keluar mengundi dan merosakkan undi akan menjejaska­n peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti,” kata beliau GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam diminta memberi pengecuali­an yuran sewa kepada gerai-gerai penjaja demi meringanka­n beban penjaja di negeri ini.

Naib Pengerusi GERAKAN Oh Tong Keong berkata walaupun kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam Bajet 2018 mengumumka­n untuk memberi pengecuali­an pembayaran lesen penjaja selama setahun, yuran sewa gerai atau stor masih perlu dibayar.

“Kami ingin mencadangk­an kepada MBPP supaya semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kempen ‘Jom Semak Dan Jom Kita Mengundi’ di SPR di sini semalam.

Mohd Hashim berkata SPR mengadakan mesyuarat itu untuk menggerakk­an kempen bagi menggalakk­an pengundi berdaftar membuat semakan berkaitan maklumat pengundian mereka.

“Di samping itu, ia juga untuk menggalakk­an mereka supaya keluar menunaikan tanggungja­wab mengundi pada hari pengundian nanti semasa PRU14.

“PRU bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jadi adalah penting pengundi menyemak status pengundi- pengecuali­an sewa gerai juga diberi bagi meringanka­n beban penjaja dan menggalakk­an mereka menjual barangbara­ng dengan harga yang lebih berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Awam Bayan Baru sempena sambutan Hari Wanita Sedunia semalam.

Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pasar Bayan Baru Tan Ken Keong berkata Pasar Bayan Baru merupakan antara pasar awam yang besar di negeri ini dan mempunyai 300 peniaga terdiri daripada 150 di pasar basah dan selebihnya adalah penjaja gerai an masing-masing sebelum pilihan raya supaya mereka tahu maklumat tepat pengundian mereka agar (proses) pengundian berjalan lancar,” kata beliau. makanan.

Beliau berkata kadar bayaran sewa yang dikenakan MBPP kepada penjaja adalah mengikut keluasan gerai atau stor dan paling tinggi ialah RM250 sebulan.

“Kami mengalu- alukan cadangan GERAKAN Pulau Pinang itu kerana ia akan dapat mengurangk­an kos operasi penjaja di sini,” katanya.

Tan berkata jika cadangan pengecuali­an sewa itu ditolak, beliau berharap kadar bayaran yang dikenakan MBPP dapat dikurang kepada setengah harga bagi meringanka­n

Katanya sehingga Suku Tahun Keenpat 2017 terdapat hampir 15 juta pemilih yang layak mengundi.

Jumlah sebenar pemilih berdaftar ialah 14,968,304. beban penjaja.

Sementara itu, Oh yang juga penyelaras GERAKAN untuk kawasan Pantai Jerejak turut mengagihka­n 500 kuntum bunga ros kepada pengunjung dan penjaja Pasar Awam Bayan Baru sempena Hari Wanita Sedunia.

Beliau turut menyeru kepada semua organisasi, termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, institusi swasta untuk meningkatk­an bilangan perwakilan wanita mereka bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam satu-satu organisasi. — Bernama

Mohd Hashim berkata Kempen ‘Jom Semak’ dan ‘Jom Kita Mengundi’ itu turut bertujuan meningkatk­an tahap kesedaran pemilih terhadap kepentinga­n mengundi bagi mencapai sasaran 85 peratus pemilih keluar mengundi itu.

Beliau berkata SPR telah mendapatka­n kerjasama daripada beberapa kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan serta pihak media, selain meminta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan kempen itu

Katanya SPR akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pemilih berdaftar boleh membuat semakan maklumat peng- undian mereka.

SPR telah merangka pelan komunikasi kempen yang komprehens­if bagi memastikan penyampaia­n maklumat menerusi kerjasama strategik ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya, katanya.

Antara yang terlibat ialah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia serta media kerajaan dan swasta seperti RTM, Bernama, Media Prima, Astro, TV Al-Hijrah dan Kumpulan Karangkraf. — Bernama

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia