Utusan Borneo (Sarawak)

Penjagaan kanak-kanak mungkin sebahagian manifesto BN PRU14: Shahrir

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional ( BN) mungkin menjadikan penjagaan kanakkanak sejagat sebagai antara kandungan manifeston­ya bagi pilihan raya umum akan datang untuk menambah baik kehidupan mereka yang tercicir, seperti yang dilaporkan dalam kajian Tabung Kanakkanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengerusi Majlis Anggota Parlimen BN Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun penemuan itu agak mengganggu, rakyat Malaysia perlu menerimany­a dan membuat perancanga­n untuk membaiki situasi tersebut.

“Kita bukan bersifat mempertaha­nkan diri dan saya rasa ia satu kajian yang bagus kerana ia menunjukka­n golongan yang tercicir dan kita perlu menambah baik sistem penyampaia­n kita, itu penting,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini semalam.

Dalam laporan setebal 76 muka surat yang diterbitka­n pada 26 Feb lalu, UNICEF antara lain mendakwa kanakkanak yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat di negara ini dikenal pasti paling banyak mengalami malnutrisi dan kerencatan mental.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, berkata beliau telah mengusulka­n perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN, semasa mereka bertemu pagi semalam.

“Saya jumpa PM (perdana menteri) hari ini (semalam) dan cadangkan agar kita masukkan isu penjagaan kanak-kanak sejagat dalam manifesto,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata kerajaan telah pun melak- sanakan pendekatan yang baik dalam menangani isu rakyat terutama dari segi pendapatan dengan mengklasif­ikasikan mereka dalam kumpulan dan mengadakan programpro­gram khusus mengikut kumpulan masing-masing.

“Saya fikir memang sudah ada program yang sangat bagus, tidak ada negara yang mempunyai pendekatan seumpama dan sudah tentu kita akan memperhalu­snya,” katanya.

Shahrir berkata BN juga akan mengambil peluang membangkit­kan isu itu semasa membahaska­n usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia