Utusan Borneo (Sarawak)

City mara ke peringkat suku akhir Liga Juara Juara selepas kemenangan agregat 5-2 ke atas Basel Rabu lepas

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengkritik pasukannya kerana ‘ lupa untuk menyerang’ walaupun melangkah ke peringkat suku akhir Liga JuaraJuara selepas kemenangan agregat 5-2 ke atas Basel Rabu lepas.

City mengalami kekalahan pertama mereka di Stadium Etihad dalam tempoh 15 bulan apabila Basel bangkit dari ketinggala­n dan menang 2- 1, sekurang- kurangnya mengangkat sedikit maruah selepas dibelasah 0-4 di tempat sendiri pada perlawanan pertama pusingan kedua kejohanan tiga minggu lepas.

“Bermula esok, kami berasa gembira untuk melangkah ke suku akhir untuk kali kedua dalam sejarah kelab. Kami masih baharu dalam kedudukan ini, jadi kami berasa sangat gembira,” kata Guardiola.

“Walaupun separuh masa pertama agak bagus, dalam separuh masa kedua, kami lupa untuk menyerang, lupa untuk bermain.

“Kami hanya melakukan hantaran sesama kami tanpa tujuan, jadi separuh masa kedua benar-benar teruk.”

Guardiola masih mampu untuk melakukan enam pertukaran dari skuad yang menewaskan Chelsea 1- 0 dalam Liga Perdana Inggeris Ahad lepas tetapi pasukannya masih menambah kelebihan agregat apabila Gabriel Jesus membuka jaringan seawal minit kelapan.

Bagaimanap­un, Mohamed Elyounouss­i mendedahka­n kelekaan benteng pertahanan City untuk mengikat kedudukan sembilan minit kemudian sebelum rembatan jarak jauh Michael Lang memastikan kemenangan ketika berbaki 19 minit permainan.

“Ia sesuatu yang istimewa bagi kami untuk menewaskan pasukan ini dan menamatkan saingan Liga Juara-Juara dengan aksi yang memberangs­angkan,” kata jurulatih Basel, Raphael Wicky.

City boleh mengesahka­n hkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ggeris menjelang perlawanan suku ku akhir Liga Juara- ra- Juara pada awal l bulan April.

Berdasarrk­an bukti ini, mereka akan memerlukan pemain ain seperti Sergio Aguero, Kevin De Bruyne dan David Silva untuk berehat secukupnya dan kekal dalam prestasi baik jika mahu mencapai impian pemilik kelab dari Abu Dhabi yang mahu memenangi Piala Eropah buat kali p pertama selepas b beberapa pemain m muda dan simpana simpanan gagal menyerl menyerlah. “Saya faham selepas melihat separuh masa kedua, a ada orang berkata pasukan ini tidak bersedia untuk bersaing u n t u k segalag a l a n - y a , ” tambah Guardiola. Bagaimanap­un, Guardiola berharap tiga minggu rehat selepas perlawanan di Stoke City Isnin depan akan mem- berikan pasukannya kecergasan menjelang perlawanan suku akhir.

“Kami di suku akhir, ia berita baik dan selepas melihat bagaimana kami tiba ke suku akhir. Kami mempunyai satu lagi perlawanan pada hari Isnin dan kemudian rehat tiga minggu. Dalam 180 minit, ia adalah 5-2 (agregat), jadi kami berasa sangat gembira untuk melangkah ke peringkat seterusnya.” Leroy sane adalah salah

s e o r a n g dari beberapa pemain utama yang dikekalkan dalam kesebelasa­n utama dan beliau mengekalka­n prestasiny­a apabila mencipta gol pembukaan.

Jesus belum bermula dalam kesebelasa­n utama sejak kecederaan lutut sehari sebelum Tahun Baharu 2018 tetapi b e l i a u m e m - puny a i t u g a s mudah a p a -

 ?? — Gambar Reuters ?? LAKAR KEJUTAN: Elyounouss­i (dua kanan) menjaringk­an gol pertama Basel pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
— Gambar Reuters LAKAR KEJUTAN: Elyounouss­i (dua kanan) menjaringk­an gol pertama Basel pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPA: R e a k s i G u a r - d i o l a k e t i k a menyaks i k a n p a s u - kannya b o l o s gol kedua pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
— Gambar Reuters HAMPA: R e a k s i G u a r - d i o l a k e t i k a menyaks i k a n p a s u - kannya b o l o s gol kedua pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia