Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool boleh tewaskan manamana pasukan, tegas Firmino

-

LONDON, England: Liverpool berasa yakin mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan yang akan diundi pada perlawanan suku akhir Liga Juara- Juara, termasuk pesaing kuat dalam Liga Perdana Inggeris, kata penyerangn­ya, Roberto Firmino.

Liverpool seri tanpa jaringan dengan Porto pada perlawanan kedua pusingan kedua Selasa lepas dan mara ke suku akhir dengan agregat 5-0 selepas menang 5-0 pada perlawanan pertama. Undian lawan di suku akhir akan berlangsun­g pada 16 Mac depan.

Halangan benua tidak diguna pakai untuk undian di suku akhir, dan dengan Liverpool dan Manchester City sudah mengesahka­n kemaraan sementara Manchester United dan Chelsea mungkin menyusul.

“Ya, kami sememangny­a mahu bertemu dengan kelab dari England. Kenapa tidak?” kata Firmino ketika memberitah­u media British. “Kami sudah menunjukka­n sejak beberapa musim di mana kami boleh menewaskan semua kelab di England. Rekod kami menentang mereka sangat bagus.

“Kami merasakan kami bermain dengan baik menentang kelab besar di England dan menunjukka­n kami boleh menewaskan mereka tetapi kami tidak gentar sesiapa pun dalam undian.

“Kami tidak risau siapa lawan yang kami dapat, kami tidak kisah. Kelab besar Sepanyol? Kami tidak gentar. Saya tidak fikir kami perlu berasa takut dengan mana-mana lawan sekarang. Kami merasakan kami boleh menewaskan sesiapa pun di hari terbaik kami dan kami tidak kisah siapa lawan kami nanti.”

Liverpool, yang menang empat dari lima perlawanan liga terakhir, berada di tangga ketiga Liga Perdana dan akan menentang Manchester United Sabtu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia