Utusan Borneo (Sarawak)

Tempat kedua Liga Perdana jadi rebutan United, Liverpool

-

MANCHESTER, England: Tiada pernah ada kekurangan tarikan di antara pertemuan dua kelab berjiran di utara England – Manchester United dan Liverpool tetapi kali ini, ia lebih menarik dengan perebutan untuk kemungkina­n tempat kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dengan kelab jiran Manchester City berkelebih­an 16 mata di singahsana liga dan hanya memerlukan empat lagi kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan, penyokong United akan melihat Liverpool di tangga kedua sebagai menambah lagi kekecewaan mereka.

“Ia satu perlawanan yang penting menentang Liverpool,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

“Saya fikir kedua- dua kelab akan menamatkan saingan di empat tangga teratas tetapi kami masingmasi­ng mahu menamatkan saingan di tempat kedua, jadi ia satu perlawanan yang besar.”

United mengecewak­an penyokong mereka beberapa kali musim ini, menunjukka­n seketika kualiti individu menjadi berbahaya secara bersama tetapi gagal mengekalka­n konsistens­i yang diperlukan untuk mencabar kejuaraan liga.

Isnin lepas di Crystal Palace, United ketinggala­n 0-2 sebelum bangkit dan menang menerusi gol minit akhir Nemanja Matic untuk kedudukan akhir 3-2.

Sebahagian dari kekurangan United adalah kesukaran menyesuaik­an diri di antara pemain baharu pada bulan Januari, Alexis Sanchez dan pemain tengah, Paul Pogba.

Ketika United mempunyai perlawanan sukar pusingan kedua Liga JuaraJuara menentang Sevilla, tiga hari selepas menentang Liverpool, yang sudah mengesahka­n tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Liverpool akan memu- lakan perlawanan dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam liga dan hanya sekali kalah dari 20 perlawanan t e r a k h i r dalam liga dan penye r a n g - nya, Moh a m e d S a l a h , berkongsi selaku penjaring terbanyak liga dengan 24 gol.

Tetapi pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren, menyedari pertemuan menentang seteru utama mereka itu adalah satu perlawanan istimewa. “Ia adalah satu p e r l a w a n a n yang sangat besar – salah satu perlawanan terbesar di Eropah,” k a t a p e m a i n pertahanan tengah itu. “Ia pastinya satu perlawanan yang sukar dan kita lihat apa yang akan berlaku, tetapi kami berasa sangat yakin dan ia adalah saingan sengit untuk tempat kedua.”

City akan terus melangkah menghampir­i kejuaraan liga apabila bertandang ke Stoke City pada hari Isnin sementara Arsenal, di tangga keenam liga, tidak mampu kehilangan lebih banyak mata apabila menentang Watford pada hari Ahad.

C h e l s e a p e r l u menewaskan Palace di Stamford Bridge jika mahu merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga keempat – slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara, Tottenham Hotspur, yang bermain menentang Bournemout­h pada hari Ahad. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia