Utusan Borneo (Sarawak)

AS tumbangkan England untuk julang trofi Piala SheBelieve­s

-

ORLANDO, Amerika Syarikat (AS): Gol sendiri dari penjaga gol Karen Bardsley menyebabka­n England tewas dan memastikan pasukan tuan rumah AS memenangi trofi Piala SheBelieve­s dengan kemenangan 1- 0 Rabu lepas.

Jurulatih England, Phil Neville, pada kejohanan pertama beliau membimbing pasukan, berakhir dengan kekecewaan selepas hantaran rendah Megan Rapinoe terkena Bardsley dan masuk ke pintu golnya sendiri.

England hanya perlu seri untuk memenangi kejohanan ini tetapi akhirnya tewas kepada juara bertahan dunia, yang selayaknya muncul juara.

England tiba di Orlando dengan bersemanga­t tinggi selepas kemenangan bergaya ke atas Perancis dan mengikat Jerman pada per- lawanan awal kejohanan melibatkan empat negara ini.

AS bagaimanap­un ternyata terlalu kuat dengan pasukan tuan rumah menguasai permainan dari awal.

Carli Lloyd, yang menjaringk­an gol di Piala Dunia Wanita dan juga semasa memenangi pingat emas acara bola sepak wanita di Sukan Olimpik 2008 dan 2012, membuat penampilan ke-250 namun dikawal ketat pada awal permainan.

E n g l a n d a k h i r n y a mengimbang­i permainan dan mempunyai peluang pada minit ke- 20 tetapi hantaran lintang Fran Kirby tidak sempat sampai kepada Rapinoe.

AS meningkatk­an permainan pada akhir separuh masa pertama dengan kapten England, Lucy Bronze mengawal Lindsey Horan dari menerima umpanan sebelum Bardsley beraksi tangkas menepis cubaan Rapinoe.

Bardsley terus bertindak cemerlang menepis cubaan Mallory Pugh dua minit selepas rehat.

Neville memasukkan penyerang Toni Duggan pada minit ke- 51 dalam usaha menambah kekuatan di jentera serangan tetapi Bardsley terus cemerlang untuk mengelak pintu golnya dibolosi dengan menepis cubaan Rapione sebelum kesilapan beliau menghadiah­kan gol kepada AS pada minit ke-57.

England cuba bangkit tetapi cubaan Ellen White terkena palang ketika berbaki empat minit permainan sebelum AS bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada perlawanan awal, Perancis menamatkan kejohanan dengan menggembir­akan apabila menewaskan Jerman 3-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL KEJUARAAN: Rapinoe (dua kanan) menjaringk­an gol kemenangan AS pada aksi final Piala SheBelieve­s menentang England di Stadium Orlando City, Florida pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters GOL KEJUARAAN: Rapinoe (dua kanan) menjaringk­an gol kemenangan AS pada aksi final Piala SheBelieve­s menentang England di Stadium Orlando City, Florida pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia