Utusan Borneo (Sarawak)

Arnold akan ganti Van Marwijk selepas Piala Dunia 2018 di Rusia

-

SYDNEY, Australia: Graham Arnold akan menggantik­an Bert van Marwijk sebagai jurulatih kebangsaan Australia selepas Piala Dunia 2018 di Rusia dan akan cuba membimbing Australia ke penampilan kelima di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Arnold, jurulatih kelab Sydney FC dalam Liga Australia (AS), kembali membimbing skuad kebangsaan buat kali kedua selepas membimbing kali pertama setahun selepas Guus Hiddink meletak jawatan selepas Piala Dunia 2006 di Jerman.

Graham akan cuba membimbing Sydney FC memenangi kejuaraan Liga A buat kali kedua berturut- turut sebelum melepaskan jawatan pada bulan Mei untuk memulakan tempoh kontrak empat tahun bersama Australia.

“Ia satu penghormat­an besar untuk membimbing pasukan kebangsaan anda,” kata Arnold, yang menjaringk­an 19 gol dari 56 penampilan bersama Australia pada tahun 1980an dan 1990an, dalam satu kenyataan semalam.

“Ia satu tugas yang sentiasa saya mahu lakukan dan saya percaya masanya adalah sempurna bagi saya.

“Selepas hari ini, saya tidak akan berkata apa-apa lagi tentang Australia sehingga selepas Piala Dunia untuk menghormat­i Sydney FC dan juga Bert van Marwijk.

“Saya berkata pada masa itu, saya fikir beliau adalah pelantikan yang hebat untuk membimbing Australia di Rusia dan segala-gala yang sudah beliau lakukan mengukuhka­n pandangan saya.

“Saya tidak akan campur tangan tetapi saya akan menyokong beliau dan pasukan.”

Arnold, 54, satu-satu jurulatih Liga A yang membimbing dua kelab muncul juara liga, berharap untuk mengulangi kejayaan di peringkat kelab ke peringkat antarabang­sa. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? LAUNG AMARAN AWAL: Ricciardo memcut pada selekoh tajam ketika beraksi pada sesi uji pandu di Litar Catalunya, Montmelo Rabu lepas.
— Gambar AFP LAUNG AMARAN AWAL: Ricciardo memcut pada selekoh tajam ketika beraksi pada sesi uji pandu di Litar Catalunya, Montmelo Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia