Utusan Borneo (Sarawak)

Juve kejutkan Spurs 1-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 4-3

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui pasukannya menerima padah kerana “dua kesilapan besar” ketika Juventus bangkit untuk melangkah ke suku akhir Liga JuaraJuara dengan kemenangan agregat 4-3 Rabu lepas.

Juventus diambang penyingkir­an selepas Son HeungMin meletakkan Spurs di hadapan dalam separuh masa pertama untuk perlawanan kedua pusingan kedua di Wembley.

Tetapi walaupun gagal menyaingi Spurs pada awal permainan, Juventus meningkatk­an rentak selepas rehat dan mengikat kedudukan menerusi gol Gonzalo Higuain.

Ia adalah saat penentu dengan Spurs tiba-tiba hilang arah, membolehka­n Juventus menjaringk­an gol kedua dua minit kemudian apabila Paulo Dybala menghukum kealpaan benteng pertahanan Spurs.

Tersingkir selepas mempunyai peluang dengan kekalahan 1-2 adalah sesuatu yang sukar untuk diberikan Spurs dan sekali lagi mereka membangkit­kan persoalan tentang keupayaan untuk memenangi kejuaraan.

W a l a u p u n P o c h e t t i n o m e n d a k w a Spurs selayaknya­knya menang g selepas menguasai guasai permainan n untuk tempoh yang ng lama, beliau mengakui pasukannya ya perlu menyalahka­n kan diri m e r e k a s e n d i r i k e r a n a k e s i - lapan di benteng pertahanan.

“Dalam kurang dari tiga minit kami bolos dua gol – dua

Dalam kurang dari tiga minit kami bolos dua gol – dua kesilapan besar – dan kerana itu kenapa kami tersingkir. Mauricio Pochettino Pochett Pengurus Tottenham Totte Hotspur

kesilapa kesilapan besar – dan kerana itu kenap kenapa kami tersingk tersingkir,” kata beliau. “Dala Dalam dua perlawana perlawanan, kami se selayaknya lebih dari ini. Saya ber rasa bangga. Kami bermain dengan hebat sehingga gol pertama dan kami menguasai permainan.

“Tetapi dalam bola sepak, ia bukan tentang apa yang selayaknya, anda harus menjaringk­an gol dan tidak bolos.

“Sudah tentu kami sangat kecewa tetapi ia adalah sebahagian dari peningkata­n. Kami akan terus melangkah.”

Ia satu kejayaan besar buat Juventus, yang masih berada di landasan untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara buat kali ketiga dari empat musim selepas dua kali muncul naib juara.

Juventus menikmati beberapa saat manis dalam pertanding­an ini, tetapi bangkit dari ambang penyingkir­an menentang lawan yang berprestas­i tinggi seperti Spurs adalah salah satu yang terbaik.

Spurs mengawal permainan dan Harry Kane mengumpan bola kepada Son tetapi cubaan penyudah penyerang antarabang­sa Korea Selatan itu ditepis penjaga gol Gianluigi Buffon.

Son mempunyai satu lagi peluang dan sekali lagi Buffon menyelamat­kan tandukan beliau dari umpanan Kieran Trippier sebelum akhirnya menembusi Buffon pada minit ke-39 apabila menyempurn­akan hantaran Trippier untuk gol ke-14 beliau di Wembley, gelanggang sementara Spurs.

Selepas mendapat gol dari penguasaan permainan, Spurs hampir bolos tidak lama selepas itu tetapi rembatan Miralem Pjanic sedikit tersasar sebelum rehat.

Selepas rehat, Juventus menunjukka­n permainan lebih bertenaga dan bersemanga­t dan hampir mengikat kedudukan lebih awal dengan cubaan Dybala sedikit tinggi ekoran kesilapan di pertahanan Spurs.

Ia adalah amaran yang tidak diendahkan oleh Spurs dan satu lagi kesilapan membolehka­n Higuain menyempurn­akan hantaran Sami Khedira pada minit ke- 64 untuk mengikat kedudukan.

Tottenham menjadi cemas dan Juventus mengambil sepenuh peluang dengan menjaringk­an gol kedua tiga minit kemudian dengan Higuain melakukan umpanan cantik kepada Dybala, yang melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEBANGKITA­N LUAR BIASA: Dybala (kiri) menjaringk­an gol kedua Juve pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara Juara menentang Spurs di Stadium Wembley, London pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters KEBANGKITA­N LUAR BIASA: Dybala (kiri) menjaringk­an gol kedua Juve pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara Juara menentang Spurs di Stadium Wembley, London pada Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia