Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh latihan selama seminggu penuh bermakna buat skuad ragbi 7’s negara

-

KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sepasukan (7’s) negara bakal menimba satu pengalaman berharga apabila menjalani latihan selama seminggu bersama-sama bekas kapten 7ís New Zealand All Blacks, Derek Jamie Forbes, yang dijadual tiba di sini pada 24 Mac ini.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata bintang yang lebih dikenali sebagai DJ Forbes itu akan berganding­an dengan barisan kejurulati­han tempatan di Ipoh dalam usaha mempersiap­kan skuad kebangsaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

Meskipun seminggu itu suatu tempoh yang singkat, beliau berharap kehadiran ikon ragbi dunia itu, yang bertanggun­gjawab memastikan kilauan pingat emas Sukan Komanwel 2006 dan gelaran juara Piala Dunia 7’s 2013 menjadi milik New Zealand, dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pemain negara.

“Forbes akan memulakan tugasnya bermula 25 Mac ini. Walaupun seminggu itu tempoh yang singkat namun, saya percaya dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau tempoh tersebut pasti menjanjika­n satu pengalaman berharga buat pemain negara.

“Kehadiran Forbes amat ditagih kerana beliau adalah seorang pemain hebat dan sangat terkenal. Beliau akan membantu pasukan dari segi taktikal dan teknikal selain berkongsi input berguna untuk membantu memperkema­s persiapan pasukan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Pada masa sama, Shahrul berkata KRM komited untuk mengangkat martabat sukan ragbi negara namun, menyifatka­n faktor kewangan sebagai penghalang utama bagi merealisas­ikan impian itu.

Menurutnya KRM berhasrat mendapatka­n khidmat jurulatih luar sepenuh masa yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat antarabang­sa seperti Forbes untuk melatih kedua- dua skuad 7’s dan 15 sepasukan (15’s) negara.

“Tujuan utama adalah kita nak bawa pasukan negara ke satu tahap terbaik iaitu di peringkat dunia. Sebab itulah kita perlukan jurulatih yang terbaik tetapi segala-galanya memerlukan wang. Buat masa ini, kami hanya mampu membuatnya secara berkala,” katanya.

Skuad ragbi 7ís kebangsaan, yang melakar sejarah apabila merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos lepas, juga pernah menerima sentuhan secara berkala oleh seorang lagi bekas kapten All Blacks, Edwin Cocker. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia