Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Ricciardo pamer kemampuan muncul juara dunia di Montemelo

-

BARCELONA, Sepanyol: Pemandu dari Australia, Daniel Ricciardo, menunjukka­n kemampuan beliau sebagai berpotensi muncul juara dunia Rabu lepas apabila mencipta rekod baharu satu pusingan di Montemelo untuk pasukan Red Bull sementara bekas pasukan gergasi Formula Satu (F1), McLaren, mengalami masalah sekali lagi.

Ricciardo, yang melakukan 165 pusingan, mencipta masa 1 minit 18.47 saat, mengatasi rekod lama yang dicipta oleh Felipe Massa ketika bersama Ferrari pada 10 tahun yang lalu.

“Ia adalah hari yang bagus. Saya selamat,” kata Ricciardo, yang dijadualka­n melakukan uji pandu pada hari Selasa tetapi membatalka­nnya kerana tidak sihat.

“Hari ini perancanga­n kami meyakinkan dan saya tidak fikir kami melakukan banyak ujian tetapi kami mengharung­inya, jadi ia adalah bagus. Saya fikir saya akan tidur nyenyak malam ini.”

Beliau menambah: “Saya mahu mencipta masa sekitar 17saan tetapi kami menyimpann­ya untuk perlumbaan. Dari segi persiapan, kami semakin hampir.”

Juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes, mencipta masa kedua terpantas 1 minit 18.400 saat sementara rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas mengekori rapat dengan catatan 1 minit 18.560 saat.

“Segala usaha masih dilakukan tetapi kami sememangny­a berada di landasan yang betul. Pasukan bekerjaker­as – di sini dan di kilang – untuk terus meningkat prestasi semasa,” kata Hamilton.

Ketika Red Bull dan Mercedes menguasai catatan masa, ia adalah satu lagi hari yang malang buat McLaren.

Sehari selepas tiga masalah enjin dialami pemandunya, Stoffel Vandoorne, kali ini juara dua kali, Fernando Alonso mengalami nasib yang sama.

Alonso hanya melakukan 47 pusingan sebelum kebocoran minyak memaksa kereta kembali ke pit di mana mekanik bekerja selama enam jam untuk membaiki enjin Renault.

Alonso berjaya kembali ke litar tidak lama sebelum akhir sesi dengan hanya melakukan 10 lagi pusingan.

McLaren kini melengkapk­an jumlah pusingan paling rendah dari semua pasukan yang melakukan sesi uji pandu dengan musim baharu yang akan bermula di Australia hanya beberapa minggu lagi – 25 Mac.

“Saya berharap kami tidak hanya melakukan 10 pusingan di Melbourne ( Grand Prix Australia),” kata Alonso.

“Apa pun, ia satu pengajaran yang berguna dan saya gembira kerana kami terus menjadikan kereta lebih bagus.

“Saya tidak risau dengan kekurangan masa sesi ujian hari ini. Jika kami pergi ke Australia esok, saya boleh berasa OK.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia