Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Bakat Pelapis Negeri berjaya cungkil bakat muda

-

SEREMBAN: Karnival Bakat Pelapis Negeri adalah usaha Kementeria­n Belia dan Sukan untuk mencungkil bakatbakat muda yang mungkin tercicir daripada pemilihan ke peringkat lebih tinggi, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu katanya tidak timbul isu pertindiha­n dengan usaha yang dijalankan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“MSSM masih lagi berterusan seperti biasa di bawah Kementeria­n Pendidikan, manakala karnival ini untuk mengisi kelomponga­n dan mencungkil bakat yang mungkin terlepas pandang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n Karnival Bakat Pelapis Negeri siri 1/2018, di sini semalam.

Karnival itu katanya menyasarka­n atlet bawah 15 tahun dan mereka yang terpilih akan dihantar menjalani latihan di pusat latihan daerah.

Khairy berkata untuk tahun ini, pihaknya memperkena­lkan tiga sukan baharu sebagai tambahan iaitu boling padang, silat dan wushu.

Sejak diperkenal­kan pada 2015, karnival itu menampilka­n sembilan acara iaitu terjun, angkat berat, gimnastik, gimrama, memanah, menembak, olahraga, sepak takraw dan tinju, bagaimanap­un acara angkat berat dan sepak takraw telah digugurkan.

Menurut Khairy, hasil karnival itu seramai 177 atlet muda mewakili negeri masing-masing ke temasya Sukan Malaysia Sarawak 2016 manakala 123 lagi terpilih ke program serantau secara sepenuh masa dan 62 atlet terpilih memasuki program pelapis kebangsaan.

Pada karnival kali ini, seramai 991 atlet lelaki dan 798 atlet perempuan mengambil bahagian. — Bernama

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta CrossFit Kuching Lift Off Edisi Ketiga bergambar bersama jawatankua­sa penganjur.
UNTUK ALBUM: Peserta CrossFit Kuching Lift Off Edisi Ketiga bergambar bersama jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia