Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Angkat Berat CrossFit Kuching dikuasai atlet bayangan SUKMA

-

KUCHING: Atlet bayangan SUKMA, Bapi Muyat dan Marthini Chan mendominas­i Pertanding­an Angkat Berat CrossFit Kuching Lift Off yang diadakan di Pusat Gimnasium CrossFit barubaru ini.

Bapi dengan berat 81kg memenangi kategori Lelaki Terbuka dengan angkatan seberat 120kg (snatch) dan 152kg dalam acara ‘ clean and jerk’ untuk mengumpul 272kg.

Dalam kategori Terbuka Wanita, Marthini dengan berat 53kg mencatat angkatan seberat 67kg acara snatch dan 77kg acara clean and jerk sekali gus mengumpul 144kg.

Kedua-dua atlet elit dan pembanguna­n SUKMA itu bersaing bersama 13 pencabar amatur lain dalam edisi ketiga tersebut. Ia dianjurkan oleh CrossFit Kuching setiap dua tahun.

Selain mempromosi sukan angkat berat, pertanding­an itu juga bertujuan menggalakk­an penglibata­n dalam budaya sihat dan kecergasan.

Paling penting, pertanding­an tersebut menjadi medan pendedahan kepada atlet SUKMA Sarawak untuk menghadapi temaysa SUKMA 2018 di Perak pada September nanti.

Dengan berbaki enam bulan untuk bermula, atlet negeri telah melalui pelbagai latihan pendedahan seperti menyer- tai Terbuka Sabah, Terbuka Sarawa dan tiga pertanding­an CrossFit Kuching Lift Off.

Pertanding­an CrossFit Kuching Lift Off akan datang bakal diadakan pada Jun depan dan mereka yang berminat boleh menghubung­i Carter menerusi talian 0198867766 atau e-mel kepada crossfitku­ching@gmail.com.

CrossFit Kuching turut menyediaka­n kelas percubaan secara mingguan pada Ahad dari jam 2-3 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia