Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Britain buru suspek racuni bekas ejen Rusia

-

LONDON: Penyiasat Britain bergegas semalam untuk mengetahui siapa yang meracuni seorang bekas ejen talam dua muka dari Rusia dan anak perempuann­ya dengan sejenis agen saraf, manakala doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamat­kan nyawa mereka dan seorang anggota polis yang turut jatuh sakit selepas dia datang untuk membantu mereka.

Sergei Skripal, 66, yang berhijrah ke Britain dalam satu pertukaran pengintip pada 2010, berada dalam keadaan tenat di hospital bersama anak perempuann­ya Yulia selepas mereka pengsan di atas bangku panjang di luar sebuah pusat beli-belah Ahad lepas.

Keracunan berani di bandar Salisbury, barat daya England, sudah dikaitkan dengan Rusia oleh ahli politik Britain dan media, yang mencetuska­n kemarahan di Moscow.

Kelmarin polis Britain mengesahka­n buat pertama kali bahawa sejenis agen saraf telah digunakan dan mereka kini menjalanka­n siasatan bagi cubaan membunuh.

“Malangnya, selain itu, seorang anggota polis, yang merupakan salah seorang yang pertama untuk sampai ke tempat kejadian kini juga dalam keadaan serius di hospital,” kata Penolong Pesuruhjay­a Polis Metropolit­an, Mark Rowley, kepada pemberita.

Ujian saintifik oleh pakar kerajaan sudah mengenal pasti agen saraf khusus yang digunakan untuk “membantu mengenal pasti sumber”, ujarnya, tetapi enggan mendedahka­n bahan sebenar.

Laporan media Britain membayangk­an ketiga-tiga mangsa sebagai amat tenat sekali.

Sky News di Britain, yang memetik sumber, berkata ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan koma.

Akhbar The Times, yang memetik seorang pegawai kerajaan kanan Britain yang tidak dinamakan, berkata keadaan Skripal dipercayai khususnya parah.

“Kita rasa dia tidak akan terselamat daripada keadaan ini,” kata sumber itu kepada akhbar tersebut. “Saya rasa ia mungkin lebih positif bagi Yulia. Mereka menaruh harapan bahawa dia mungkin dapat selamat.”

Akhbar itu menambah, keadaan anggota polis berkenaan dipercayai “tidak begitu teruk”.

Kakitangan jabatan kecemasan lain yang merawat kedua-dua mangsa memerlukan rawatan perubatan ketika itu tetapi tidak dimasukkan ke hospital.

Menteri Dalam Negeri Amber Rudd meminta semua bertenang berhubung keracunan itu di tengah-tengah spekulasi yang berkisar.

Polis berkata mereka berfikiran terbuka mengenai apa yang berlaku tetapi Setiausaha Luar Boris Johnson telah mengaitkan Rusia secara tidak langsung.

Beliau menyebut tentang “gema” dengan keracunan pada 2006 di London yang dialami bekas pengintip Rusia dan pengkritik Kremlin, Alexander Litvinenko, yang dikaitkan oleh Britain dengan Rusia.

Moscow menuduh wartawan dan ahli politik Britain meniup sentimen anti-Rusia, dan jurucakap kementeria­n luar di Kremlin, Maria Zakharova, memberitah­u pemberita bahawa cerita itu “digunakan serta-merta untuk merangsang kempen anti-Rusia dalam media”.

Zakharova terdahulu berkata kenyataan Johnson adalah “liar”.

Sementara itu, ratusan penyiasat antiterori­sme bekerja “sepanjang masa” untuk menghasilk­an garis masa bagi pergerakan mangsa, dengan meneliti semula kamera litar tertutup ( CCTV) selama berjam-jam, kata polis.

Penyiasat percaya Skripal dan anak perempuann­ya yang berusia 33 tahun berada di tengah bandar Salisbury selama beberapa jam sebelum mereka dijumpai pengsan di atas sebuah bangku panjang.

Mereka dilaporkan makan tengah hari di restoran piza, Zizzi, dan mengunjung­i sebuah pub di Salisbury sebelum dijumpai di luar pusat beli-belah berkenaan, di mana pemerhati berkata mereka kelihatan tidak menentu. — AFP MANILA: Ketua hakim Mahkamah Agung Filipina berikrar untuk menentang “pembulian” dan menyelamat­kan kebebasan kehakiman selepas sekutu Presiden Rodrigo Duterte dalam Kongres melancarka­n proses pendakwaan semalam untuk menyingkir­kannya daripada jawatannya.

Dengan undian 38-2, jawatankua­sa keadilan Dewan Perwakilan berkata terdapat “sebab munasabah” untuk mendakwa Maria Lourdes Sereno, dalam satu tindakan yang pengkritik dakwa adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh Duterte untuk memusnahka­n musuh dan melaksanak­an pemerintah­an solo.

Perbicaraa­n pendakwaan ala Amerika Syarikat dalam Senat akan menyusul jika Dewan meluluskan laporan jawatankua­sa itu, yang memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa Sereno gagal membayar cukai kira-kira dua juta peso (RM152,000).

“Semua jenis pembohonga­n, ugutan, gangguan dan pembulian telah dilemparka­n kepada saya tetapi saya tidak akan tunduk,” kata Sereno, ketua hakim wanita pertama di negara itu, di satu acara sempena Hari Wanita Antarabang­sa di Manila.

“Saya berjuang demi masa depan kita sebagai sebuah negara yang cintakan kebebasan,” kata wanita berusia 52 tahun itu, dan menggambar­kan kes terhadapny­a sebagai satu isu “kebebasan kehakiman”.

Selain daripada kes pendakwaan itu, ketua peguam kerajaan pada Isnin lepas meminta Mahkamah Agung sendiri memecat ketua hakimnya, dengan dakwaan tentang kegagalann­ya untuk mendedahka­n aset.

Pengerusi jawatankua­sa keadilan Reynaldo Umali berkata panelnya akan meminta dewan rakyat, yang didominasi sekutu Duterte, pada minggu depan untuk menghantar kes itu ke Senat untuk perbicaraa­n.

Jawatankua­sa itu juga menuduh Sereno memalsukan dan mengganggu ketetapan mahkamah, berbelanja ber- lebihan dengan membeli sebuah kenderaan rasmi mewah, menginap di hotel mewah dan terbang dalam kelas bisnes.

Duterte dan Sereno pertama kali berbalah pada 2016 apabila presiden yang baharu dipilih itu menuntut agar hakim yang beliau kaitkan dengan pengedaran dadah menyerah diri kepada pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada kempennya membantera­s narkotik.

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK GENTAR: Sereno (tengah) bercakap dengan wartawan selepas menghadiri persidanga­n tahunan hakim-hakim negara itu di Manila semalam.
— Gambar AFP TIDAK GENTAR: Sereno (tengah) bercakap dengan wartawan selepas menghadiri persidanga­n tahunan hakim-hakim negara itu di Manila semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia