Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Bekas eksekutif Petrobras dipenjara 11 tahun

-

BRASILIA: Seorang bekas ketua syarikat minyak gergasi Brazil, Petrobras, kelmarin dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah begitu meluas yang telah mencemari kebanyakan golongan elit perniagaan dan politik di negara itu.

Aldemir Bendine, yang juga bekas ketua Banco do Brasil, salah sebuah bank terbesar di Amerika Latin, dihukum kerana menerima rasuah sebanyak tiga juta reais (kira-kira AS$3.53 juta) daripada konglomera­t perniagaan Odebrecht.

Sogokan itu ada kaitan dengan penstruktu­ran semula hutang Odebrecht Agroindust­rial – salah satu cawangan konglomera­t Odebrecht – dengan Banco do Brasil, kata hakim persekutua­n Sergio Moro, yang mengeluark­an hukuman.

Bendine, 54, sudah berada di bawah tahanan pencegahan sejak Julai 2017.

Dokumen mahkamah menyebut Bendine meminta bayaran itu pada 2014, ketika dia mengetuai bank tersebut, tetapi menerimany­a pada 2015, ketika dia sudah menjadi ketua Petrobras.

Bendine menjadi presiden Petrobras dengan matla- mat membersihk­an syarikat selepas jaringan rasuah di- bongkar di syarikat minyak gergasi itu.

“Perkara terakhir yang dijangkaka­n daripadany­a ialah dia akan menjadi korup, sekali lagi meletakkan reputasi syarikat dalam bahaya,” Moro menulis dalam penghakima­nnya.

“Menjalanka­n jenayah dalam konteks itu adalah sangat serius dan menunjukka­n tahap kesalahan yang tinggi,” beliau menulis.

Marcelo Odebrecht, taikun pembinaan di tengah skandal rasuah yang berkisar itu, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun – tetapi mencapai perjanjian pengakuan dan bersetuju untuk memberikan keterangan sebagai balasan bagi penguranga­n hukuman.

Di bawah perjanjian itu, 77 eksekutif Odebrecht S.A., termasuk Marcelo Odebrecht, mendedahka­n skim rasuah mereka, yang begitu meluas sehinggaka­n ia memerlukan jabatan korporat tersendiri untuk mengurus rasuah.

Hakim Moro mengetuai siasatan rasuah yang meluas dikenali sebagai ‘ Car Wash’ yang turut mencemari ahli politik kanan, termasuk Presiden Michel Temer, Luiz Inacio Lula da Silva, dan tiga bekas presiden lain. — AFP

 ??  ?? BENDINE
BENDINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia