Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n pencipta kapal selam dituduh bunuh wartawan bermula

-

COPENHAGEN: Perbicaraa­n berprofil tinggi bagi pencipta dari Denmark, Peter Madsen, yang dituduh membunuh dan mengerat wartawan dari Sweden, Kim Wall, di atas kapal selam buatannya sendiri, bermula semalam, dan prosiding dijangka akan menjelaska­n keadaan di sebalik kematian Wall yang kejam.

Kes terhadap jurutera berusia 47 tahun yang belajar sendiri bermula jam 9.30 pagi ( waktu tempatan) di mahkamah daerah Copenhagen, dihadiri keluarga Wall dan puluhan pemberita daripada media Denmark dan asing.

Pendakwa raya Jakob Buch-Jepsen sudah menyatakan beliau akan memohon hukuman penjara seumur hidup, yang di Denmark pada purata bermaksud kira-kira 16 tahun.

Madsen, seorang separa selebriti yang aneh di Denmark dan pernah membuat kapal selam dan roket selain menaruh impian untuk memajukan perjalanan angkasa swasta, berdepan dengan tuduhan melakukan pembunuhan yang dirancang awal, mencabul mayat, dan melakukan serangan seksual yang serius.

Kes itu, yang akan dibicara sehingga 25 April, dijangka akan menjelaska­n bagaimana Wall mati di dalam kapal selam Nautilus milik Madsen pada 10 Ogos 2017, ketika Wall mengadakan pelayaran penting bersama Madsen untuk menemurama­hnya bagi satu artikel.

Madsen menukar versi kejadian beberapa kali.

Dia menafikan membunuh Wall, dan berkata kematianny­a tidak disengajak­an tetapi tidak memberi sebarang penjelasan. Bagaimanap­un dia mengakui mengerat mayat Wall dan membuang mayatnya ke dalam laut.

Peguamnya Betina Hald Engmark terus berdiam diri dan tidak mendedahka­n apa yang Madsen mahu nyatakan kepada mahkamah.

Penyelam memeriksa perairan Denmark dalam tempoh beberapa minggu selepas kehilangan Wall, dan akhirnya menjumpai kesemua bahagian mayatnya.

Bedah siasat tidak dapat menentukan punca kematian, dan motif juga belum diketahui.

Namun pendakwa raya berkata mereka percaya Madsen membunuh Wall sebagai sebahagian daripada fantasi seksual.

Mereka percaya Madsen mengikat kepala, tangan dan kaki pemberita bebas berusia 30 tahun itu sebelum dia memukulnya dan menikamnya berkali-kali pada bahagian kemaluan.

Mereka berkata dia kemudian membunuhny­a – mungkin mencekikny­a atau mengelar lehernya – dan mengeratny­a dengan gergaji, menyumbat bahagian badan, kepala, tangan dan kakinya ke dalam beg berasingan yang diikat dengan objek logam, dan membuangny­a ke dalam Teluk Koge di perairan Copenhagen.

Madsen menafikan se- barang hubungan seksual dengan Wall.

Dia berkata dia panik selepas kematianny­a, dan mengeratny­a sebelum dia membuang sisa mayatnya ke dalam laut.

Menurut pihak pendakwaan, penyiasat merampas pemacu keras dalam bengkelnya yang mengandung­i filemfilem obsesi di mana wanita diseksa, dipenggal kepala dan dibakar hidup-hidup.

Madsen berkata pemacu itu buka miliknya.

Wall dilaporkan hilang oleh teman lelakinya selepas dia gagal untuk pulang daripada lawatannya ke kapal selam sepanjang 18 meter itu pada 10 Ogos lalu.

Pada petang itu, Wall sedang mengadakan parti perpisahan – dia dan teman lelakinya dijadual berpindah ke China beberapa hari kemudian – apabila Madsen, yang dia cuba temu ramah, menghubung­inya dan menjemputn­ya ke kapal selam tersebut.

Dia keberatan untuk meninggalk­an parti itu, tetapi akhirnya membuat keputusan untuk pergi.

Teman lelakinya kemudian memberitah­u program televisyen di Denmark, Station 2, bahawa dia memutuskan untuk tidak menyertai Wall, kerana tidak mahu meninggalk­an rakan-rakan mereka bersendiri­an di parti itu.

Apabila Wall tidak pulang, teman lelakinya melaporkan kapal selam Nautilus hilang pada waktu tengah malam.

Madsen dikutip dari laut pada keesokan paginya oleh sebuah kapal peranginan, ketika kapalnya sedang tenggelam.

Penyiasat percaya Madsen mengaramka­n kapal selam Nautilus dengan sengaja.

Wall – yang menulis tentang feminis di China yang bangkit menentang “kebencian Donald Trump terhadap wanita” serta warga Cuba yang menggunaka­n pemacu keras untuk mengakses budaya asing – menjelajah dunia untuk mencari cerita-cerita unik.

Sejurus selepas kematianny­a, rakan dan keluarga graduan Sekolah Kewartawan­an Columbia itu menubuhkan sebuah dana dalam namanya untuk membantu wartawan wanita yang melaporkan isu- isu yang sama.

“Ini adalah satu cara bagi semua orang untuk fokus kepada masa depan daripada segalanya berakhir pada malam itu di atas kapal selam tersebut,” kata ibunya Ingrid Wall kepada agensi berita TT di Sweden beberapa hari sebelum perbicaraa­n.

“Ini bermakna legasinya akan terus hidup,” ujarnya.

Dengan hampir 160,000 euro (RM752,000) yang dikumpul dalam bentuk derma setakat ini, dana itu bertujuan untuk membantu wartawan wanita memastikan tugasan laporan mereka adalah selamat.

Biasiswa pertama sebanyak 4,000 euro (RM18,800) akan diserahkan pada hari jadi Wall pada 23 Mac. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERBICARAA­N BERMULA: Wartawan menemu ramah Engmark (kiri) dan Buch-Jepsen (kanan) setiba mereka di mahkamah sebelum perbicaraa­n bermula terhadap Madsen yang dituduh membunuh seorang wartawan wanita di dalam kapal selam buatannya sendiri di Copenghage­n,...
— Gambar Reuters PERBICARAA­N BERMULA: Wartawan menemu ramah Engmark (kiri) dan Buch-Jepsen (kanan) setiba mereka di mahkamah sebelum perbicaraa­n bermula terhadap Madsen yang dituduh membunuh seorang wartawan wanita di dalam kapal selam buatannya sendiri di Copenghage­n,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia