Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Bekas eksekutif Petrobras dipenjara 11 tahun

Indonesia serah kapal Equanimity kepada FBI

- Muka

JAKARTA: Sebuah kapal layar mewah yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa AS$ 4.5 bilion ( RM17.1 bilion) telah dijarah daripada dana pelaburan kerajaan Malaysia 1MDB akan diserahkan kepada Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), yang menyiasat skandal itu, kata polis Indonesia semalam.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia pada minggu lepas memeriksa kapal Equanimity yang didaftarka­n di Pulau Cayman, dilaporkan bernilai kira- kira AS$ 250 juta (RM950 juta), yang berlabuh di perairan pulau pelanconga­n Bali, Indonesia.

“Penyerahan itu sedang dalam proses untuk dilaksanak­an,” kata penyiasat kanan polis negara Daniel Silitonga kepada AFP.

Jabatan Keadilan AS (DoJ) mendakwa dalam tuntutan mahkamah sivil bahawa AS$ 4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB.

Tuntutan saman itu menyenarai­kan aset-aset bernilai AS$ 1.7 bilion (RM6.5 bilion) yang didakwa dibeli dengan dana yang dicuri, dan yang ingin diperolehi semula oleh pegawai AS.

Aset ini termasuk kapal layar sepanjang 90 meter itu yang menurut pegawai AS dibeli oleh pembiaya dari Malaysia yang dikenali sebagai Jho Low, seorang penasihat tidak rasmi kepada 1MDB.

Kapten kapal dan kirakira 36 anggota kru sudah disoal siasat tetapi belum ada orang yang ditangkap setakat ini, kata Silitonga.

“Mengenai kru, kami masih membincang­kannya,” katanya apabila ditanya sama ada mereka akan diserahkan kepada FBI ataupun tidak.

Dibina pada 2013, kapal layar buatan Belanda itu mempunyai sembilan bilik tidur, termasuk sebuah suit utama dengan tab panas, helipad, gim dan spa, dan teater wayang, menurut yachtchart­erfleet.com.

Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, dikatakan telah membuat keputusan kewangan penting yang ada kaitan dengan 1MDB, walaupun dia tidak memegang sebarang jawatan rasmi di Malaysia.

Dia menafikan sebarang salah laku dan lokasinya sekarang tidak diketahui.

Selepas rampasan kapal itu, seorang jurucakap Low berkata DoJ secara rasmi menangguhk­an usaha untuk merampas aset pada tahun lepas.

Sebuah mahkamah di AS dilaporkan membenarka­n penangguha­n selepas menerima permohonan daripada pihak berkuasa, kerana mereka percaya prosiding sivil boleh menjejaska­n siasatan jenayah yang mereka juga sedang jalankan.

Jurucakap Low berkata pada minggu lepas bahawa DoJ “masih belum mengambil sebarang langkah untuk membuktika­n salah laku telah berlaku”.

“Maka itu ia mengecewak­an bahawa, daripada merenungka­n dakwaan yang amat cela dan bermotifka­n politik itu, DoJ meneruskan corak jangkauan global yang keterlalua­n – semuanya berdasarka­n dakwaan salah laku yang sama sekali tidak disokong,” katanya. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia