Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut salji landa timur laut AS

Yang kedua dalam hampir seminggu, 2,500 penerbanga­n dibatal

-

NEW YORK: Ribut musim sejuk kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin, dan kira- kira 2,500 penerbanga­n dibatalkan sementara wilayah tersebut bersiap sedia untuk salji lebat.

Kira-kira 550 penerbanga­n yang tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa John F Kennedy – hampir 42 peratus daripada keseluruha­n jadual – dibatalkan setakat jam 7 malam (waktu tempatan), selain 700 penerbanga­n dari lapangan terbang Newark di New Jersey dan juga dari La Guardia, yang mengendali­kan penerbanga­n domestik, menurut laman penjejak penerbanga­n FlightAwar­e.

Lapangan terbang di Boston dan Philadelph­ia turut terjejas, dengan hampir 20 peratus penerbanga­n yang dibatalkan.

Ribut salji – yang diiringi guntur dan kilat – adalah pelbagai di wilayah itu, dan tidak dijangka berterusan selepas kelmarin.

Hanya beberapa sentimeter sahaja salji turun di JFK pada hujung hari, tetapi salji setebal 30 sentimeter meliputi kawasan kejiranan di tengah New York, dan salji setebal 50 sentimeter turun di kawasan desa negeri New York, New Jersey dan Connecticu­t, menurut Jabatan Cuaca Negara (NWS), yang menyatakan ia menjangkak­an lebih banyak salji berbanding diramalkan sebelum ini sekitar waktu tengah hari.

Sementara suhu dijangka terus kekal di atas paras beku, NWS turut memberi amaran tentang “salji basah yang lebat, banjir di tepi pantai dan ribu kuat” di wilayah berkenaan.

Pada sebelah petang, kabus, keadaan umpama ribut salji membuat perjalanan di daerah sekitar Bandar Raya New York hampir mustahil, kata NWS.

Pemandu di negeri di seluruh wilayah itu digesa untuk tidak melakukan perjalanan tetapi memandu tidak dilarang – malah polis New Jersey menangani 356 insiden trafik jalan raya antara waktu tengah malam dengan jam 4 petang.

Sekolah awam di New York serta mahkamah dan pejabat awam bandar raya dibuka seperti biasa.

Lewat Selasa lepas di New Jersey, Gabenor Phil Murphy mengumumka­n penutupan sekolah dan mengisytih­arkan keadaan darurat – yang ditarik balik pada malam kelmarin.

Sekolah di Boston juga dijangka terus ditutup semalam.

Sementara itu perjalanan kereta api terganggu apabila pengendali Amtrak mem- batalkan beberapa kereta api di antara ibu negara Washington dengan Boston.

Ribut terakhir yang melanda timur laut AS pada minggu lepas mengorbank­an sekurang- kurangnya lima nyawa, kebanyakan­nya kerana pokok yang tumbang akibat ribut kuat dan hujan lebat.

Ribuan yang terputus bekalan elektrik pada minggu lepas masih dalam kegelapan ketika taufan melanda kelmarin – dengan beberapa kejadian baharu bekalan elektrik terputus dilaporkan, khususnya di Pennsylvan­ia dan New Jersey. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERTIUP KENCANG: Seorang lelaki kelihatan bergelut memegang payung ketika ribut salji melanda bandar raya New York di Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Reuters BERTIUP KENCANG: Seorang lelaki kelihatan bergelut memegang payung ketika ribut salji melanda bandar raya New York di Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia