Utusan Borneo (Sarawak)

Sri Lanka longgar perintah berkurung waktu siang di Kandy

-

COLOMBO: Perintah berkurung pada waktu siang dilonggark­an semalam di daerah bergolak Kandy di Sri Lanka di mana tiga orang maut dalam rusuhan anti-Muslim, tetapi sekolah masih ditutup manakala pasukan keselamata­n yang telah dipertingk­atkan meronda di jalan-jalan.

Lebih 200 rumah, premis perniagaan dan kenderaan dibakar dalam keganasan selama tiga hari yang dicetuskan oleh kematian seorang lelaki daripada masyarakat majoriti Sinhala yang beragama Buddha di tangan perusuh Muslim pada minggu lepas.

Pergolakan bermula di daerah tengah itu Isnin lepas, dan meruncing pada keesokan harinya apabila seorang lelaki Muslim dijumpai mati di dalam sebuah bangunan yang terbakar.

Perintah berkurung 24 jam dikuatkuas­akan pada petang kelmarin selepas bom tangan meletup dalam tangan seorang penyerang, membunuhny­a dan mencederak­an 11 lagi, kata pegawai.

Tetapi selepas malam yang tenang, pihak berkuasa memutuskan untuk melonggark­an perintah berkurung enam jam lebih awal daripada rancangan, kata jurucakap polis Ruwan Gunasekera.

Wilayah Kandy, 115 kilometer ke timur ibu kota Colombo, adalah popular di kalangan pelancong serta penziarah Buddha. Pelancong digesa untuk mengelak pusat peranginan bukit itu tetapi tidak ada orang asing yang dilaporkan terbabit dalam pergolakan itu.

Kerajaan bertindak terhadap rusuhan itu dengan melaksanak­an keadaan darurat di seluruh negara, untuk memberi kuasa khas kepada pasukan keselamata­n dan polis untuk menangkap dan menahan suspek.

Akses Internet dihadkan di Kandy dan laman sesawang media sosial disekat dalam usaha untuk mencegah penularan ucapan kebencian anti-Muslim.

Presiden Maithripal­a Sirisena kelmarin melawat Kandy, di mana perusuh mengingkar­i perintah berkurung dan bertelingk­ah dengan polis yang menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan mereka.

“Saya telah mengarahka­n agar kekuatan undang-undang digunakan sepenuhnya ke atas pengacau,” katanya.

Pegawai tentera berkata lebih ramai anggota tentera telah dikerahkan ke kawasan kejadian pada malam kelmarin untuk membantu polis.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keganasan yang berlaku dan menggesa Colombo “untuk memastikan langkah sewajarnya diambil segera untuk memulihkan keadaan di kawasan terjejas”.

Penganut Buddha berbangsa Sinhala merupakan kumpulan etnik majoriti di Sri Lanka, merangkumi 75 peratus daripada 21 juta penduduk di sana. Masyarakat Muslim meliputi 10 peratus daripada populasi.

Parlimen pada Selasa lepas memohon maaf kepada masyarakat minoriti Muslim di atas keganasan terbaharu yang menyasari mereka di pulau Lautan Hindi itu.

Perusuh turut membakar premis perniagaan milik Muslim dan menyerang sebuah masjid di timur negara pada minggu lepas.

Pada November lalu rusuhan di selatan pulau itu mengorbank­an seorang lelaki serta merosakkan rumah dan kenderaan.

Pada Jun 2014, rusuhan antara penganut Buddha dengan orang Muslim menyebabka­n empat kematian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH TERBAKAR: Salah seorang penduduk memeriksa rumah yang musnah terbakar sehari selepas rusuhan anti-Muslim meletus di Digana, di daerah bergolak Kandy di Sri Lanka kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH TERBAKAR: Salah seorang penduduk memeriksa rumah yang musnah terbakar sehari selepas rusuhan anti-Muslim meletus di Digana, di daerah bergolak Kandy di Sri Lanka kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia