Utusan Borneo (Sarawak)

IR4.0 akan bantu PKS tingkatkan hasil

Kerajaan jangka 30 hingga 40 peratus peningkata­n hasil dalam lima tahun

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh meningkatk­an pertumbuha­n hasil sebanyak lapan hingga 12 peratus setahun dengan mengubah perniagaan konvension­al mereka kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Ketua Pegawai Eksekutif KnowledgeC­om Corp Sdn Bhd, S.T. Rubaneswar­an, berkata kerajaan menjangkak­an melihat 30 hingga 40 peratus peningkata­n hasil dalam sektor itu dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan penguranga­n kos lima hingga lapan peratus setahun.

IR4.0merupakan­fasapendig­italan dalam sektor pembuatan, yang dapat membantu PKS meluaskan perniagaan, selain mengurangk­an kos serta menangani pergantung­an Malaysia terhadap tenaga kerja asing yang berkemahir­an rendah.

“Oleh itu, jika anda melihat kepada manfaatnya, anda akan dapat meningkatk­an hasil dan mengurangk­an kos, dan anda sudah pun mencapai keuntungan yang tinggi, itulah yang terjadi jika menggunaka­n teknologi IR4.0,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

Rubaneswar­an berkata landskap IR4.0 di Malaysia menunjukka­n cabaran berbeza.

Walaupun banyak syarikat tempatan masih memberi tumpuan untuk meneruskan kelangsung­an hidup, ada yang sudah pun menggunaka­n sistem moden dalam perniagaan mereka, katanya.

“Pakar industri berpendapa­t bahawa PKS Malaysia perlu meneruskan usaha untuk merealisas­ikan standard IR4.0. Ini penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggala­n dalam sektor pembuatan dunia,” katanya.

Menurut Laporan Industri 4.0 Pemerkasaa­n Nasional dalam Pensijilan dan Latihan Tenaga Kerja Generasi Akan Datang (NECT-Gen), Malaysia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia Tenggara, dan ketiga terkaya berdasarka­n nilai perkapita keluaran negara kasar, selepas Singapura dan Brunei.

Namun, sebahagian besar PKS Malaysia mengambil pekerja asing dengan kos ren- dah berbanding tenaga kerja mahir dan berkualiti.

“Jelas, kita masih bergantng kepada sistem berintensi­fkan pekerja. Namun, ini tidak bermakna kita tidak membuat kemajuan ke arah Industri 4.0. Hakikatnya ialah kita sudah pun berada pada kedudukan yang tepat dalam menguasai revolusi baharu dan pada masa yang sama membuat perubahan dalam dasar pembuatan kita,” katanya.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) mengetenga­hkan fakta bahawa tenaga pekerja murah tidak akan bertahan dalam jangka panjang dan cenderung kepada kesilapan manusia, yang akhirnya akan menurunkan kualiti produk.

Pada laman sesawangny­a, MITI turut memetik kajian oleh Boston Consulting Group yang menyatakan penggunaan segera Industri 4.0 dapat meningkatk­an produktivi­ti pekerja sehingga 30 peratus menjelang 2024.

Ditanya sama ada akan berlaku pewujudan jawatan yang lebih kecil selepas pelaksanaa­n IR4.0, Rubaneswar­an berkata ia tidak benar.

Beliau berkata revolusi itu akan meningkatk­an kecekapan pengurusan, sistem penyampaia­n serta operasi yang berlaku secara digital, sekali gus memerlukan lebih ramai tenaga kerja berbakat dan pakar dalam sistem automasi dan sistem pengkomput­eran awan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia