Utusan Borneo (Sarawak)

Tanda aras MSM akan susut kepada RM2,300 setan menjelang Julai

-

KUALA LUMPUR: Harga penanda aras minyak sawit mentah ( MSM) dijangka meningkat kepada RM2,600 setan berikutan kekurangan dalam stok, tetapi akan susut ke tahap RM2,300 setan menjelang Julai ini sebelum cukai eksport Malaysia dikenakan semula, kata Pengerusi LMC Internatio­nal Ltd Dr James Fry.

Beliau yakin Bursa Malaysia Derivative­s akan mula stabil pada senario tersebut, dengan eksport cukai terletak pada sifar, di bawah RM2,250 setan.

“Kenaikan stok akan mencecah Percuma atas Kapal ( FOB) MSM dengan lebih pantas selepas Jun, menyeretny­a ke bawah AS$ 600 ( AS$ 1 = RM3.90).

“Harga akan jatuh bawah AS$ 575 dari Oktober sehingga Disember tahun ini kecuali dana MSM Indonesia bertindak meningkatk­an mandatnya,” kata Fry, sambil menambah bahawa harga purata MSM 2018 diramalkan mencecah RM2,200 setan metrik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Pandangan Pengeluar Sawit kepada Pertubuhan Negara- Negara Pengekspot Petroleum ( OPEC) dan Mandat Biodiesel Indonesia bagi Sokongan Harga’ pada Persidanga­n dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik ( POC 2018) di sini kelmarin.

Fly berkata cukai eksport Malaysia bagi minyak sawit mungkin digantung sehingga Ogos jika Pilihan Raya Umum Ke14 ditangguhk­an sehingga tamat tempoh parlimen sekarang.

POC 2018 merupakan satu persidanga­n antarabang­sa yang terkemuka dalam industri minyak sawit dan laurik yang menghimpun­kan pihakpihak berkepenti­ngan dalam industri minyak yang boleh dimakan untuk rangkaian, pertukaran idea, penyelesai­an dan trend.

Pameran selama tiga hari mulai 5 Mac itu telah dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan menarik 1,700 peserta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia