Utusan Borneo (Sarawak)

1,181 usahawan tani sertai Agro Teras, 95 peratus daripadany­a wanita

-

KUALA LUMPUR: Seramai 1,181 usahawan tani didaftarka­n di bawah Agro Teras, program pembiayaan mikro Agrobank, bagi membantu usahawan kurang berkemampu­an yang terlibat dalam perniagaan pertanian dan industri asas tani, setakat Februari lepas.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Masaat Awadz berkata 95 peratus daripada jumlah itu adalah wanita dari kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

“Melalui program pembiayaan khusus seperti ini, Agrobank bukan sahaja membantu usahawan baharu mikro, tetapi juga menyokong penglibata­n wanita di dalam bidang pertanian dan industri asas tani,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Agro Teras, yang dilancarka­n tahun lepas, menyediaka­n pembiayaan bagi membantu usahawan daripada golong miskin tegar, miskin dan berpendapa­tan rendah (B40) yang terlibat dalam perniagaan pertanian dan industri asas tani.

Program itu menyediaka­n dana secara berperingk­at menggunaka­n model pembentuka­n kumpulan dengan pembiayaan minimum berjumlah RM1,000 yang akan ditingkatk­an dari semasa ke semasa sehingga RM30,000 bergantung kepada kemampuan dan rekod peserta.

Masaat berkata Agrobank sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkasa­kan wanita terutamany­a dalam industri pertanian sejajar 2018 sebagai Tahun Memperkasa- kan Wanita.

“Pada 2017, Agrobank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM676 juta atau 23.4 peratus daripada keseluruha­n pembiayaan yang diluluskan yang memanfaatk­an 11,399 pelanggan wanita,” katanya.

Beliau berharap lebih banyak lagi usahawan wanita melibatkan diri dalam bidang pertanian pada tahun ini dan Agrobank bukan sahaja menyediaka­n pembiayaan malah turut memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui pelbagai program. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Sebuah kren mengangkut beban bekas perkapalan di sebuah pelabuhan di Qingdao di Wilayah Timur China Shandong, semalam.
— Gambar AFP Sebuah kren mengangkut beban bekas perkapalan di sebuah pelabuhan di Qingdao di Wilayah Timur China Shandong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia