Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah pembabitan wanita di peringkat pengurusan kanan di Malaysia meningkat

-

KUALA LUMPUR: Lapan puluh peratus daripada perniagaan di Malaysia kini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka berbanding purata global sebanyak 75 peratus, demikian menurut Laporan Tahunan Wanita dalam Perniagaan Grant Thornton Internatio­nal Ltd.

Peratusan wanita dalam pengurusan kanan telah meningkat kepada 28 peratus tahun ini berbanding 24 peratus pada 2017, angka tertinggi sejak 2011.

Di peringkat global, lebih banyak perniagaan mengambil sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka.

Dalam satu kenyataan, firma khidmat audit dan penasihat itu berkata 75 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan tahun ini berbanding 66 peratus pada 2017.

Bagaimanap­un, wanita hanya membentuk 24 peratus daripada pengurusan kanan berbanding 25 peratus sebelum ini.

“Walaupun positif mempunyai bilangan wanita pada kedudukan yang lebih kanan di lebih banyak perniagaan, agak mengecewak­an bahawa jumlahnya secara menyeluruh masih kecil.

“Ini menunjukka­n perniagaan menumpukan perhatian hanya untuk memenuhi syarat dengan mengorbank­an kemajuan sebenar yang bermakna mereka tidak akan mendapat manfaat daripada kepelbagai­an jantina yang sebenar,” kata Pengarah Urusan Teknikal & Korporat Grant Thornton Malaysia, Silvia Tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia