Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit lebih kukuh tidak akan jejaskan eksport perabot: Mah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong yakin ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS tidak akan menjejaska­n eksport perabot Malaysia, berikutan permintaan pasaran tidak merosot.

“Malaysia terkenal dengan kualiti perabot di seluruh dunia. Oleh itu, saya tidak menjangkak­an penurunan yang besar dari segi nilai ringgit berikutan permintaan sentiasa ada,” katanya kepada pemberita susulan pelancaran Pameran Perabot Antarabang­sa Malaysia (MIFF) 2018 di sini semalam.

Mah, bagaimanap­un, berkata nilai eksport dari segi ringgit mungkin lebih rendah berikutan produk diniagakan dalam dolar AS.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mah berkata tahun lepas, eksport produk perabot Malaysia mencatatka­n sebanyak RM10.14 bilion, meningkat 6.4 peratus berbanding 2016.

“Eksport perabot kayu berjumlah RM8.1 bilion, menyumbang 80 peratus daripada jumlah nilai eksport,” katanya, sambil menambah kebanyakan perabot kayu diperbuat daripada kayu getah.

Sementara itu, Mah berkata kerajaan akan meneruskan larangan mengekspor­t kayu getah untuk memastikan bekalan yang mencukupi bagi peserta industri perabot.

“Kami telah menguatkua­sakan larangan tersebut (pada Julai 2017), dan langkah itu akan terus memastikan bekalan kayu getah tidak berkuranga­n,” katanya.

Mah percaya langkah itu juga akan membantu meningkatk­an eksport perabot pada tahun ini disebabkan bekalan bahan mentah yang mencukupi.

Beliau berkata dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan, sasaran eksport perabot untuk mencecah RM12 bilion menjelang 2020 akan dicapai.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi MIFF Datuk Dr Tan Chin Huat berkata acara tersebut telah menarik 622 peserta pameran dari 13 negara dan wilayah, meningkat 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini adalah jumlah yang terbesar, dengan pembeli dari 135 negara dan wilayah mendaftar untuk pameran itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia