Utusan Borneo (Sarawak)

24 pemaju hartanah sah penyertaan sertai SHEDA 16 hingga 18 Mac

-

KUCHING: Seramai 24 pemaju hartanah telah mengesahka­n penyertaan mereka untuk menyertai Jerayawara Kediaman dan Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching pada 16 hingga 18 Mac ini.

Pengerusi Penganjur, Dr Richard Tan berkata, penyertaan itu turut disertai oleh pemaju hartanah dari negeri Sabah dan juga, Semenanjun­g Malaysia dengan tujuan menyediaka­n pelbagai pilihan kediaman untuk masyarakat terutama para pembeli.

“Malah, kami menjangkak­an akan menerima lebih banyak penyertaan daripada pemaju, ejen hartanah dan peniaga berkaitan pembinaan tempatan, Semenanjun­g Malaysia dan luar negara memandangk­an terdapat kira-kira 30 ruang pameran telah kami sediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA Cwangan Kuching di pejabatnya, di sini, semalam.

Jerayawara itu, kata Tan, merupakan program pertama dianjurkan SHEDA Cawangan Kuching bagi tahun 2018 yang akan berlangsun­g di Pusat Beli-Belah Boulevard di sini, dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Menurutnya, jerayawara itu adalah platform paling tepat untuk masyarakat terutama para pembeli berpotensi mencari kediaman dan hartanah terbaik bagi mereka.

“Apa yang menarik kali ini, kami turut membawa Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pelanggan mendapatka­n laporan Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat ( CCRIS) mereka.

“Para pelanggan juga berpeluang mendapatka­n kaunseling mengenai pengurusan kewangan mereka dari AKPK pada Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Samping itu, Tan berkata, para pembeli berpotensi berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dalam ‘Buy & Win Lucky Draw’ sekiranya membeli pada harga minimum yang ditetapkan di mana-mana gerai pameran sepanjang jerayawara itu diadakan.

Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dijemput menyertai sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti Persatuan Orang Pekak Sarawak dan Persatuan Autisme Kuching.

“Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubung­i pihak urus setia kami iaitu Angelina Chai di talian 0198162191 atau e-mel ke angelina.admin.skb@sheda.org. my,” ujarnya lagi.

Turt hadir, Pengurus Besar SHEDA Cawangan Kuching Tan Teck Kian, Penasihat SHEDA Cawangan Kuching Sim Kiang Chiok dan dua Ahli Jawatankua­sa SHEDA Cawangan Kuching, Peter Lau dan Peter Pau.

 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Tan (tengah) bersama (dari kiri) Tan Teck Kian, Pau, Sim dan Lau merakamkan kenangan selepas sidang media Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching yang pertama bagi tahun ini di pejabatnya, Kuching, semalam.
KUNJUNGI KAMI: Tan (tengah) bersama (dari kiri) Tan Teck Kian, Pau, Sim dan Lau merakamkan kenangan selepas sidang media Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching yang pertama bagi tahun ini di pejabatnya, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia