Utusan Borneo (Sarawak)

THe Spring lebar sayap ke Bintulu, dibuka rasmi pada November tahun ini

-

BINTULU: Pusat beli-belah tHe Spring berkos RM245 juta akan dibuka secara rasminya pada November tahun ini di Bintulu sekali gus berpotensi memenuhi populasi dan pendapatan perkapita isi rumah serta mampu melonjak perniagaan dan ekonomi Bintulu setelah beroperasi sepenuhnya.

Sehingga kini 70 peratus penyewa telah mengesah untuk beroperasi di pusat beli-belah berkenaan dengan sasaran yang ingin dicapai pada akhir tahun ini adalah 90 peratus sewaan dan di bawah pasukan The Spring Management akan memastikan penyampaia­n perkhidmat­an pusat beli-belah itu mencapai kualiti tahap tinggi.

Pengarah Urusan PE Group of Companies, James Ling Chung berkata, the Spring merupakan pusat beli-belah yang telah memenangi pelbagai anugerah di Kuching dan seterusnya memilih Bintulu sebagai rumah keduanya setelah mengambil masa enam tahun untuk mencapai tahap ini.

“Projek ini dapat direalisas­ikan melalui usaha sama dengan rakan kami Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat kumpulan Parkcity Property Holdings dan Benlong Realty Sdn Bhd merupakan syarikat di bawah kumpulan PE Holdings membina pusat beli belah format serantau kepada rumah antarabang­sa dan jenama runcit serantau yang sama seperti di Kuching,” ujarnya.

“The Spring sebagai satu jenama dan ia bermakna sesuatu yang penting, baharu atau mekar dan bukan berkenaan musim. Jenama kami dan pengurusan berkembang maju di bandar seperti Bintulu yang mana ia adalah pasaran lapangan hijau seperti Kuching sebelum ini.

“Tahun lepas kami membuka pusat beli-belah pertama di tanah besar Pulau Pinang dengan keseluruha­nnya merupakan kawasan baharu yang dihubungka­n dengan jambatan kedua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan kepada penyewa utama tHe Spring Bintulu di Hotel Parkcity Everly semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi, Pengerusi PE Group of Companies Datuk Jason Tai, Pengarah The Spring Management Services Andy Song, Pengarah Parkcity The Spring Bintulu Sdn Bhd Troy Yaw Chee Weng, Pengarah Ta Kiong Huang Lee Sung, Ketua Pegawai Operasi Parkson Law Boon Eng dan Pengarah Strategy & Growth MBO, Ikmal Nizam Ariffin serta beberapa penyewa utama lainnya.

Katanya, 10 tahun lepas apabila kami pertama kali memulakann­ya di Kuching hanya beberapa penyewa di pusat beli- belah yang ada khususnya penyewa dari jenama antarabang­sa mengetahui berkenaan kedudukan Kuching dan ramai yang keliru kedudukann­ya dengan Sabah.

Justeru katanya, kami perlu mempromosi mengenai potensi negeri ini kepada mereka agar melabur dan membuka pintu kepada kami memandangk­an kami yang pertama membawa masuk jenama serantau dan global terkenal di Kuching dan hari ini ke Bintulu untuk mencontohi kejayaan Kuching.

“Dengan populasi Bintulu lebih 251,000 orang dan pendapatan sebulan isi rumah RM7,125 yang lebih tinggi berbanding Kuching dan Miri, berdasarka­n kepada anggaran jumlah ruang runcit utama yang ada di Bintulu pada tahap ini pasaran adalah di bawah purata kurang 1.5 kaki persegi per kapita berbanding dengan Lembah Klang iaitu 8 kaki persegi per kapita,” jelasnya.

James Ling berkata, dengan pelaburan berjumlah RM245 juta, tHe Spring Bintulu yang dibina di tapak 9.9 ekar merupakan lokasi pusat bandar utama dengan pemandanga­n laut yang memberikan penduduk Bintulu pengalaman membeli-belah, makan dan berhibur di kawasan lantai kasar seluas 648,000 kaki persegi dengan Kawasan Boleh Disewa Bersih atau `Net Lettable Area (NLA)’ 390,000 kaki persegi.

Pusat beli-belah ini mampu menampung 127 kedai peruncitan yang membawa jenama fesyen antarabang­sa, kecantikan, makanan dan hiburan serta 1,317 ruang parkir kenderaan di esplaned berhadapan laut serta medan selera 686 tempat duduk, dengan sudut pandang panaroma Laut China Selatan dari kawasan terbuka.

“Pembanguna­n pusat belibelah ini mewujudkan 1,000 peluang kerja dalam industri peruncitan sekali gus menyumbang ekonomi yang positif untuk Bintulu di samping menawarkan banyak peluang kepada peniaga tempatan.

“Kami percaya pemimpin adalah yang pertama melangkah dan membuka jalan kepada yang lain untuk mengikutin­ya. Kami percaya, pengalaman dan pandangan ke hadapan dengan rakan yang betul akan memberikan kami keyakinan untuk melabur dan memperkemb­angkan pasaran seterusnya meningkata­kan taraf hidup dalam pasaran yang belum diterokai,” ka- tanya.

Beliau berkata, untuk penduduk Bintulu, kami memberi jaminan akan memberikan tempat pasaran yang dapat memenuhi jangkaan dan kepada pihak berkuasa tempatan, kami berharap akan mendapat kerjasama untuk memudahkan operasi perniagaan baharu dan berkongsi amalan terbaik supaya kami dapat memenuhi masa yang tepat dan peraturan yang memberi manfaat kepada bandar ini.

“Kepada perniagaan runcit, makan minum tempatan di sini, kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada arena runcit jenis ini. Kami teruja dan melihat ke hadapan untuk membuka tHe Spring Bintulu serta mengumumka­n pembukaann­ya pada november ini,” katanya.

Terdahulu penyewa utama menyempurn­akan tandatanga­n pada kain rentang khas pada majlis itu terdiri daripada Parkson, MBO Cinemas/MCAT Box Office Sdn Bhd, Ta Kiong/Lotus Quantum Sdn Bhd, Uniqlo (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Pengurus Pembanguna­n Kedai Shu Fukumoto, Popular Bookstores (diwakili Pembanguna­n Perniagaan Siew Sheue Liang),Maxis Mobile Services Sdn Bhd (Pakar Perolehan Laman Peruncitan Janet Chan), Pengurus Pembanguna­n Perniagaan OSIM (M) Sdn Bhd Wesley Ng, Pengurus Kanan Harta Watsons Christine Leong dan Pengarah Switch/ CG Computers Sdn Bhd, Winson Wong.

 ??  ?? USAHA SAMA: James Ling (tujuh kiri) bersama Troy, Rodziah (enam dan lima kiri), pengurusan tHe Spring serta para penyewa utama pusat beli belah tersebut memegang tangan sebagai simbolik rakan usaha sama pelaburan dan akan membantu melonjak ekonomi Bintulu selaras dengan pembukaan pusat beli-belah tHe Spring Bintulu.
USAHA SAMA: James Ling (tujuh kiri) bersama Troy, Rodziah (enam dan lima kiri), pengurusan tHe Spring serta para penyewa utama pusat beli belah tersebut memegang tangan sebagai simbolik rakan usaha sama pelaburan dan akan membantu melonjak ekonomi Bintulu selaras dengan pembukaan pusat beli-belah tHe Spring Bintulu.
 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: tHe Spring yang masih dalam pembinaan dijangka siap pada November tahun ini.
DALAM PEMBINAAN: tHe Spring yang masih dalam pembinaan dijangka siap pada November tahun ini.
 ??  ?? LAKARAN: Lakaran pelukis bangunan pusat beli-belah tHe Spring Bintulu.
LAKARAN: Lakaran pelukis bangunan pusat beli-belah tHe Spring Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia