Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak sudah sedia

Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia menghadapi pilihan raya setiap dua tahun

- TEMPATAN

“Saya berasakan (BN) Sarawak yang paling bersedia (menghadapi pilihan raya) berbanding di Semenanjun­g Malaysia yang hanya menghadapi pilihan raya lima tahun sekali, kita (Sarawak) pula dua tahun sekali. ” Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, ini kerana Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia menghadapi pilihan raya setiap dua tahun.

Menurutnya, BN Sarawak menghadapi pilihan raya setiap dua tahun sekali dengan kali terakhiar Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan pada 2016.

“Saya berasakan ( BN) Sarawak yang paling bersedia (menghadapi pilihan raya) berbanding di Semenanjun­g Malaysia yang hanya menghadapi pilihan raya lima tahun sekali, kita (Sarawak) pula dua tahun sekali.

“Maknanya data dan jentera pilihan raya kita masih ‘segar’ dan masih panas lagi contohnya baharu sahaja pada 2016 PRN diadakan dan (Februari) 2017 PRK ( Pilihan Raya Kecil) Tanjong Datu.

“Apa yang perlu dilakukan hanyalah penambahba­ikan dari segi jentera dan data,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tautan Mesra Bersama Media 2018 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak di sini semalam.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata selain penambahba­ikan jentera pilihan raya, data sedia ada juga perlu dikemas kini bagi menghadapi PRU14.

Bagaimanap­un tegasnya, BN Sarawak khasnya dan agensiagen­si terlibat tidak boleh mengamalka­n sikap ambil mudah kerana pada PRU, BN berdepan isu-isu nasional.

“Memanglah tugas kita untuk berkempen tetapi kita mesti memastikan isu itu relevan dengan kepentinga­n kita di Sarawak.

“Sudah tentu pada masa sama, media memainkan peranan, bukan hanya kepada majikan tetapi menjalanka­n tanggungja­wab moral mereka sebagai wartawan,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai PRU14, Abdullah berkata, kali ini BN Sarawak akan bertanding di 31 kerusi berbanding 25 sebelum ini.

“Sarawak ada 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan secara ideal, sepatutnya 72 ADUN ini akan membantu 31 calon BN yang akan bertanding, menang pada PRU14 nanti,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan kerajaan katanya, tidak berhasrat menyekat kebebasan wartawan menulis kerana percaya golongan profesiona­l itu di negeri ini sedar tanggungja­wab moral yang perlu dilaksanak­an.

“Bak kata pepatah, ‘jangan- lah kerana nyamuk, kelabu dibakar’...memang baru-baru ini ada ahli politik melenting apabila media mengajukan beberapa soalan.

“Dalam insiden ini, saya berharap tuan puan (pengamal media) bersabar. Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat jawatankua­sa PRU14 yang mengurus hal ehwal media dan perhubunga­n awam,” katanya.

Hadir sama ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hasyim, Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Hassan Busu, Pegawai Tadbir Khas Jabatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Norhyati Mohd Ismail.

 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA:(Barisan hadapan kanan) Hassan, Dr Hazland, Abang Sardon dan Abdullah merakam pos istimewa bersama pengamal media di Kuching pada Majlis Tautan Media 2018.
BERSEDIA:(Barisan hadapan kanan) Hassan, Dr Hazland, Abang Sardon dan Abdullah merakam pos istimewa bersama pengamal media di Kuching pada Majlis Tautan Media 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia