Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki dan lupus harta curi, dua sahabat didenda

-

MIRI: Dua sahabat masingmasi­ng didenda RM1,500 dan RM4,000 oleh Mahkamah Majistret pagi semalam atas kesalahan memiliki dan melupuskan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua- dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta kepentinga­n awam.

Sasrulamri Said, 32, dari Piasau Jaya didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja menerima atau atau memiliki harta curi iaitu tiga kerusi kayu jati kepunyaan Othman Dawar, 50.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 malam, 7 Mac lalu di hadapan sebuah lot di Jalan Padang Kerbau di sini.

Manakala Abang Sufyan Anuar, 31, dari RPR Piasau Jaya di sini didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja memindah atau melupuskan harta curi iaitu tiga kerusi kayu jati kepunyaan Othman Dawar, 50.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 6.50 pagi, 2 Mac lalu di sebuah rumah di Lorong Piasau Jaya 1G Piasau di sini.

Kedua-dua tuduhan dibacakan secara berasingan.

Di hadapan mahkamah, keduadua tertuduh yang merupakan penganggur merayu agar hukuman diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertama mereka.

Atas kesalahan itu, Sasrulamri didenda RM1,500 atau empat minggu penjara manakala Abang didenda RM4,000 atau empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor dan ASP Mary Ong manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia