Utusan Borneo (Sarawak)

Wawasan tercapai sekiranya negara stabil, rakyat wujud keharmonia­n

-

LIMBANG: Wawasan 2020, Tranformas­i Nasional 2050 (TN50) dan Sarawak menjadi negeri maju 2030 akan tercapai sekiranya negara terus stabil dan rakyatnya mewujudkan keharmonia­n.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata semangat kerjasama diamal rakyat berlainan agama menjadikan negara dan negeri ini terus kuat dan maju.

“Kalau kita tidak bekerjasam­a, bergaduh dan berperang sesama sendiri seperti berlaku di negara luar usaha pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan akan terbantut.

“Malah Wawasan 2020, TN50 dan Sarawak negeri maju 2030 dapat dicapai dengan jayanya sekali gus melonjak ekonomi negara dan negeri ini,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang di sini malam kelmarin.

Hadir sama isteri beliau Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, ADUN Batu Danau Paulus Gumbang serta isteri Mary Sindang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang Datuk Wong King Hong dan isteri, Kaunselor Datin Tiong Siew Chin serta Naib Presidenny­a Kong Pie Sing.

ADUN Bukit Kota itu mahu rakyat terus bersama dalam ‘satu kapal’ dan ‘satu rumah’ dengan kerajaan pusat melalui sokongan tidak berbelah kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

“PRU14 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat merupakan ‘ibu’ kepada segala pilihan raya,” jelasnya.

Katanya, pilihanray­amerupakan prosedur dan amalam biasa dalam negara mengamalka­n demokrasi berparlime­n.

Beliau mahu rakyat terus menyokong BN termasuk masyarakat Cina di Limbang.

“Ini kerana kerajaan BN mempunyai banyak misi membangunk­an negara ini dan kita mahu kerajaan Malaysia terus dipimpin BN,” katanya.

Malah, kerajaan memastikan segala kebajikan masyarakat di negeri ini terbela termasuk masyarakat Cina di Limbang agar tidak ketinggala­n.

“Kerajaan mempunyai misi meneruskan segala perancanga­n bagi membangunk­an Limbang kerana daerah ini masih banyak perlu dibangunka­n bukan sahaja daripada aspek prasarana asas malah pendidikan dan sebagainya,” ujar beliau.

Tambahnya, rakyat Limbang perlu mengekalka­n kerjasama dan hubungan baik dengan negara jiran, Brunei.

“Brunei turut memberi sumbangan besar terhadap ekonomi penduduk setempat dengan membeli-belah barangan, buahbuahan dan produk tempatan di sini terutama di Tamu Limbang, Tamu Medamit dan hari-hari lain,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga meneruskan usaha untuk menandatan­gani usaha sama dengan Brunei.

“Kita tidak mahu segala perancanga­n dibuat terbantut dan kerjasama dengan Brunei perlu diperkukuh­kan,” katanya.

Pada majlus itu, Dr Abdul Rahman turut menyumbang sejumlah RM15,000 untuk penganjura­n aktiviti Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang dan RM5,000 kepada Persatuan Hakka Limbang.

 ??  ?? MUHIBAH: Dr Abdul Rahman (tengah) bersama Sufian (tiga kiri), Wong, Paulus (dua kanan) dan tetamu melakukan ‘Lo Sheng’.
MUHIBAH: Dr Abdul Rahman (tengah) bersama Sufian (tiga kiri), Wong, Paulus (dua kanan) dan tetamu melakukan ‘Lo Sheng’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia