Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita merupakan tonggak, tulang belakang kepada pembanguna­n negara

-

LIMBANG: Wanita merupakan tonggak dan tulang belakang kepada pembanguna­n negara sekali gus memainkan peranan signifikan dalam pembentuka­n institusi keluarga.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata peranan wanita diiktiraf melalui penganjura­n Seminar Wanita dan Keluarga yang mampu memberi kesedaran tentang kepentinga­n dan peranan kaum wanita abad ini.

“Tahun 2018 dipilih sebagai tahun memperkasa kaum wanita bertepatan dengan matlamat kerajaan meningkatk­an martabat wanita ke tahap lebih tinggi selain mengiktira­f sumbangan dimainkan kaum wanita,” katanya pada Seminar Wanita dan Keluarga anjuran PERKIM Limbang dan Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang di sini semalam.

ADUN Bukit Kota itu mahu masyarakat Islam menguasai pelbagai ilmu pengetahua­n dan tidak melupakan ilmu agama dalam memastikan keseimbang­an hidup.

Jelasnya, program sepanjang tahun dianjurkan Jawatankua­sa Perayaan Islam Daerah Limbang melibatkan penyertaan pelbagai golongan memberi impak positif mengurangk­an masalah sosial.

Turut diadakan ceramah ‘Peranan Wanita Dalam Membentuk Keluarga Islam Sihat’ oleh penceramah dari Jabatan Kebajikan Islam Malaysia manakala ‘Aura Wanita’ oleh penceramah dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Hadir sama isteri Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi PERKIM Limbang Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai Jabatan Agama Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia