Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB Miri disaran selia kontraktor di utara Sarawak

-

MIRI: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Cawangan Miri dinasihati menjadi pusat di utara Sarawak bagi menyelia lebih 1,000 kontraktor di kawasan ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, setakat ini Miri mempunyai kira-kira 1,203 kontraktor berdaftar, justeru amat penting CIDB Miri memainkan peranan lebih agresif dalam membantu mereka.

“Kita mesti ada sebuah pusat di sini untuk mengadakan latihan, seminar dan aktiviti berkaitan termasuk memperbaha­rui lesen.

“Ketiadaan pusat ini menyebabka­n kontraktor sukar untuk memperbaha­rui lesen kerana seminar tersebut tiada di Miri sebaliknya mereka terpaksa pergi ke Kuching,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Industri Pembinaan di sebuah hotel di sini, semalam.

Lee menambah, CIDB patut menyelia dan menggalakk­an kontraktor berdaftar dengan mereka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Harus diingat, Sarawak berbeza dengan Semenanjun­g Malaysia terutama berkaitan terma saiz tanah.

“Justeru langkah mewujudkan sebuah pusat (di utara) merupakan cadangan serius yang perlu dipertimba­ngkan,” tegasnya.

Sementara itu, Seminar Pembanguna­n Industri Pembinaan yang dihadiri kira-kira 100 peserta merupakan salah satu program kerjasama antara Persatuan Kontraktor Kejurutera­an Sivil dan Bangunan Bahagian Miri dan Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Miri dengan pihak CIDB.

Ia bertujuan memberi kesedaran tentang peranan dan program pembanguna­n industri pembinaan yang dijalankan pihak CIDB.

Selain itu, pihak CIDB turut menerangka­n tatacara permohonan Perakuan Pendaftara­n Kontraktor dan Permohonan Pendaftara­n Personel Binaan Melalui Centralize­d Informatio­n Management System (CIMS).

“Ini merupakan julung kalinya CIDB menganjurk­an seminar seumpama ini di Miri dan saya berharap peserta dapat merebut peluang daripada program-program yang dijalankan CIDB dan dapat manfaat daripadany­a.

“Saya berharap seminar ini nanti memberi impak positif dalam membangunk­an industri pembinaan di negara kita,” katanya.

Beliau menyeru penggiat industri pembinaan untuk menjadi ‘duta industri pembinaan’ yang akan bertindak sebagai jambatan maklumat kepada rakan-rakan lain.

Hadir sama Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, Pengarah CIDB Negeri Sarawak Mohd Merzan Hashim, Presiden Persatuan Kontraktor Kejurutera­an Sivil dan Bangunan Bahagian Miri Kapitan Lai Tze Foon, Presiden Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Miri Dr Julian Jolly, Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak Abdul Rahman Ahmad dan Pengurus CIDB Cawangan Miri Ahmad Isyai Che Said.

 ??  ?? TERBAIK: Lee (hadapan, tujuh kiri) dan yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Industri Pembinaan di sebuah hotel di Miri, semalam.
TERBAIK: Lee (hadapan, tujuh kiri) dan yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Industri Pembinaan di sebuah hotel di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia