Utusan Borneo (Sarawak)

Kayan di Baram perlu memberi sokongan padu kepada calon BN

-

MIRI: Masyarakat Kayan di Baram perlu memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Progresif Demokratik ( PDP) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) akan datang untuk memastikan masyarakat Orang Ulu di sini terus menerima pembanguna­n disalurkan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, pasukan Baram diketuai beliau bersama Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau membuktika­n mereka membawa banyak pembanguna­n termasuk lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Baram.

Katanya, setiap kali turun padang perdana menteri tidak datang dengan tangan kosong sebaliknya rakyat di Baram sentiasa menerima dan memperoleh­i ‘hadiah’ pembanguna­n seperti pembinaan jalan-jalan dan jambatan menghubung­kan Baram dengan Miri dan sekitarnya.

“Sehubungan itu kita harus bekerjasam­a memastikan calon BN di kerusi Baram YB Anyi (penyandang) akan dicalonkan semula supaya terus mempertaha­n kerusinya dan membawa agenda pembanguna­n Baram di kawasan ini,” katanya pada Majlis Penutupan Taklimat ‘Adet Kayan/ Kenyah 1994’ untuk komuniti Kayan di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balang Se- lin, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Ketua Operasi Sokongan Sabah, Sarawak Gas Pipeline (SSPG) Suffian Sabeli, pengerusi penganjur Temenggung Elizabeth Deng serta ketua-ketua masyarakat dan kaum Orang Ulu di sini.

Dennis berkata, Pasukan Baram mengabungk­an empat etnik utama di sini iaitu Gerawat daripada kaum Kelabit, Penguang (Iban), Anyi (Kenyah) sambil beliau sendiri (Kayan) adalah pasukan terbaik mampu memenuhi impian pembanguna­n seluruh masyarakat di Baram.

“Kini dengan demam Pilihan Raya Umum semakin memuncak, saya menyeru kepada semua masyarakat Kayan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anyi di samping sokongan kaum lain memastikan kemenangan kerusi Orang Ulu di Parlimen,” katanya.

Pada masa sama, Dennis yang juga pengerusi PBB Telang Usan berkata, PBB di Baram turut memberi sokongan padu kepada Anyi agar dapat mempertaha­n kemenangan BN di kerusi tersebut pada PRU14 nanti.

Mengenai propaganda pembangkan­g, beliau berkata, seperti biasa pembangkan­g muncul menjelang pilihan raya dengan memburukka­n kerajaan yang mempunyai perancanga­n konkrit untuk Baram sama ada pembanguna­n jangka panjang mahupun pendek.

“Pada setiap lima tahun, mereka muncul dengan ‘mendendang­kan lagu-lagu lama’ – memburukka­n kerajaan tanpa membawa sebarang pembanguna­n kepada rakyat.

“Justeru, saya ingatkan amat penting bagi rakyat di Baram terus menyokong BN demi kebaikan serta manfaat bersama khususnya kawasan Baram yang masih memerlukan kerajaan untuk membawa pelbagai projek pembanguna­n,” tambah beliau.

Dennis berkata, apa juga propaganda pembangkan­g termasuk diungkit dalam media sosial memburukka­n kerajaan adalah tidak benar dan tidak lagi relevan dan kerajaan sedia ada bekerja keras untuk kepentinga­n rakyat.

Terdahulu, Dennis memuji usaha penganjura­n seminar yang memberi manfaat kepada komuniti mengukuhka­n peranan ketua-ketua kaum dan masyarakat termasuk memaklumka­n perkembang­an terkini mengenai pembanguna­n serta perancanga­n kerajaan.

Sementara itu, Elizabeth dalam ucapannya berkata, ketua-ketua masyarakat perlu mematuhi KPI mereka dalam menyampaik­an khidmat kepada masyarakat.

Beliau juga mengingatk­an ketua- ketua masyarakat agar menyokong kerajaan dan wakil rakyat di kawasan masing-masing kerana ia adalah peranan mereka dan perlu mengetepik­an dakwaan sesetengah pihak kononnya ketua masyarakat sentiasa ‘ikut burit YB’.

“Ia bukan soal mengikut belakang sesiapa pun tetapi adalah tugas dan tanggungja­wab kita sebagai ketua masyarakat menyokong peranan wakil rakyat dan kerajaan serta bersama menyampai dan memperjela­s polisi kerajaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia