Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan menjadi negara tua pada 2030: Rohani 15 peratus daripada jumlah populasi negara ini menjadi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

-

KUCHING: Malaysia akan menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah populasiny­a menjadi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Komuniti Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada 2014, populasi Malaysia adalah 30.10 juta dan daripada jumlah itu, 2.65 juta atau 8.8 peratus adalah warga emas.

Sehubungan itu katanya, kementeria­nnya bertanggun­gjawab menyediaka­n khidmat kebajikan proaktif kepada golongan warga emas ini bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Lundu dekat sini semalam.

Tambah Rohani, Sarawak merekodkan bilangan warga emas tertinggi iaitu 9.5 peratus atau 247,600 orang mengikut statistik jabatan pada 2014.

Berdasarka­n itu, Malaysia katanya perlu bersiap sedia berhadapan dengan fenomena negara tua. Kementeria­n katanya, akan mengambil inisiatif untuk meneliti semula polisi melibatkan warga emas dan kesan- nya kerajaan telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara pada 5 Januari 2011.

DWEN katanya, akan fokus kepada usaha kerajaan dalam mengeluark­an warga emas yang berdikari, aktif, proaktif dan produktif bagi membolehka­n mereka terus menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Sejak Disember 2017, seramai 34,764 warga emas telah mendaftar di PAWE di seluruh negara dan Sarawak mendaftar bilangan PAWE terbanyak di sembilan pusat.

Kerajaan merancang mewujudkan 222 PAWE dengan setiap kawasan Parlimen harus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat.

“Saya harap dengan penubuhan PAWE di Lundu ini, warga emas akan menggunaka­nnya dengan sepenuhnya dengan matlamat untuk memperbaik­i kualiti hidup mereka,” katanya.

Pada pembukaan PAWE di Lundu semalam, Rohani turut memperuntu­kkan geran berjumlah RM33,330 kepada pusat tersebut bagi membiayai operasi mereka.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu serta yang lain.

 ??  ?? RASMI: Rohani menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas di Lundu semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan).
RASMI: Rohani menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas di Lundu semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia