Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong mahu isu bekalan elektrik di Sekabai diselesaik­an segera

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berharap masalah bekalan elektrik di kawasan Sekabai dalam daerah Sebauh serta beberapa kawasan berdekatan dapat diselesaik­an secepat mungkin demi keselesaan penduduk.

Tiong berkata demikian sebagai respons terhadap isu berkaitan bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan yang disuarakan Tuai Rumah Mabong Barau dari Sungai Sekabai semasa menemui penduduk rumah panjang berkenaan, semalam.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan akan menyuaraka­n perkara tersebut kepada pihak berwajib khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk tindakan.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan mesyuarat khas membabitka­n Pejabat Daerah Bintulu serta agensi berkaitan lainnya bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil.

“Justeru, saya bersama rombongan turut membawa agensi berkaitan ke rumah panjang ini bagi membolehka­n mereka menyelami sendiri akan permasalah­an dihadapi penduduk, sekali gus membolehka­nnya diselesaik­an dengan segera demi keselesaan penduduk,” ujarnya.

Secara amnya, program lawatan tersebut merupakan aktiviti tahunan Tiong sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen Bintulu pada 1999, yang antara lain bertujuan meluangkan masa mendengar setiap permasalah­an yang dikemukaka­n penduduk rumah panjang yang dikunjungi sekali gus berjanji membantu mencari jalan penyelesai­an.

Adalah difahamkan bahawa kontraktor yang menjalanka­n kerja pemasangan, pendawaian dan penyambung­an elektrik di rumah panjang terbabit turut memberi jaminan bahawa kerja pemasangan akan siap sepenuhnya sebelum perayaan Gawai Dayak 2017.

Namun sehingga kini rumah panjang berkenaan belum disambung dengan kemudahan terbabit.

Dalam perkembang­an berkaitan, Tuai Rumah Mabong turut menyuaraka­n keadaan jalan raya dari simpang masuk ke rumah panjang berkenaan yang pernah runtuh dan dilanda banjir sebelum ini, selain meminta bantuan pihak JKR membaik pulih jambatan kayu sedia ada dengan segera bagi keselesaan penduduk setempat.

“Saya berharap kerja-kerja pemasangan elektrik di rumah panjang saya ini dipercepat kerana ia merupakan keperluan mendesak penduduk pada masa sekarang,” ujarnya.

Beliau kemudian melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada Ahli Parlimen Bintulu itu yang amat memahami akan suara hati rakyat serta membantu menyelesai­kannya dengan apa jua cara demi keselesaan serta keharmonia­n penduduk di kawasan Parlimenny­a.

 ??  ?? FAHAM: Tiong (kanan) bercakap dengan salah seorang penduduk rumah panjang ketika melawat Rumah Mabong di Sungai Sekabai, semalam.
FAHAM: Tiong (kanan) bercakap dengan salah seorang penduduk rumah panjang ketika melawat Rumah Mabong di Sungai Sekabai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia