Utusan Borneo (Sarawak)

Aidel mempengeru­sikan Mesyuarat PAC Ke-52

-

KUCHING: Mesyuarat Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri (PAC) Ke-52 diadakan selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini di Bilik Jawatankua­sa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Mesyuarat dipengerus­ikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri (PAC) DUN Sarawak Aidel Lariwoo yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya.

Pada mesyuarat itu, jawatankua­sa telah menetapkan untuk mengkaji pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipanggil sebagai saksi untuk bertindak balas terhadap pertanyaan dan isu yang dibangkitk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun Kedua Siri 2 (Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri II).

Antara isu-isu yang dibangkitk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 adalah Pengambila­n Pengumpula­n Kadar Penilaian; Pengurusan Kutipan Cukai Taksiran, Pengurusan Projek Pembinaan Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya Kuching dan Pengurusan Projek Pembinaan Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Sarawak,Petra Jaya, Kuching.

Selain itu, Pengubahsu­aian dan Peningkata­n Projek Kemudahan Pelabuhan Tanjung Manis iaitu Projek Pengubahsu­aian serta Perbaiki Kemudahan Pelabuhan Tanjung Manis Sejadu Sdn Bhd dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd.

PAC adalah penting untuk menyediaka­n ‘check and balance’ yang diperlukan untuk perbelanja­an kerajaan supaya ia dapat pulangan maksimum kepada pembayar cukai dan untuk memastikan wang kerajaan dibelanjak­an dengan baik untuk faedah rakyat.

Ahli-ahli PAC yang lain dalam mesyuarat tersebut adalah ADUN Opar Datuk Ranum Mina, ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing, ADUN Ngemah Alexander Vincent, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, ADUN Batu Lintang See Chee How, ADUN Tellian Yussibnosh Balo dan ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang.

 ??  ?? TAMBAH PENGETAHUA­N: Allan (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada peserta kursus.
TAMBAH PENGETAHUA­N: Allan (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia