Utusan Borneo (Sarawak)

Musa dipilih pengerusi sementara Persatuan Nelayan Kawasan Miri

-

MIRI: Barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebulat suara memilih Musa Bujang sebagai pengerusi sementara Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri.

Musa menggantik­an Kaunselor Jamali Basri yang mengundur diri selepas memegang jawatan itu sejak 2012.

Sepuluh lagi dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Samsudin Amit, Ali Jihu, Ibrahim Abdullah Kemol, Mohd Rozi @ Luie Saini, Musa Sulaiman, Mohamad Hatta Jamali, Buang Lamat, Hipni Sulong, Okong Sulip dan Yussop Abdullah.

“Saya dilantik sebagai pengerusi sementara PNK Miri sehinggala­h ada calon yang akan dilantik oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam masa terdekat, biasanya satu hingga dua bulan.

“Dalam pemilihan itu, tiada timbalan dipilih. Timbalan akan dilantik selepas habis tempoh lantikan menteri.

“Sekiranya tiada lantikan, jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi akan ditentukan oleh barisan ALP pada mesyuarat pemilihan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dalam ucapannya mengingatk­an persatuan itu agar menggunaka­n bantuan kerajaan sebaik mungkin untuk manfaat ahli.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terus dibela tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Golongan nelayan sentiasa dibantu termasuk pemberian subsidi dan elaun antaranya elaun sebanyak RM300 sebulan sekiranya tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora.

“Kerajaan sedar golongan nelayan memainkan peranan penting dalam sektor perikanan negara, justeru peluang ini harus digunakan sepenuhnya”, kata beliau.

Pada majlis tersebut, Ahmad Lai mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000 untuk PNK Miri manakala RM2,000 untuk pendidikan anak ahli.

Mengenai mesyuarat itu, beliau berharap ahli dapat membuat keputusan dengan memilih seorang pengerusi yang dapat menerajui PNK Miri ke tahap lebih tinggi dan dapat membawa keuntungan.

“Pilih pemimpin yang bijak dan dapat mencari keuntungan untuk koperasi, tidak payah berebut-rebut.

“Saya berharap pemimpin dan ahli lembaga pengarah dilantik dapat menambah pendapatan koperasi untuk kebaikan ahli dan masa depan anak-anak mereka,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Ahmad Lai memukul gong bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Miri di Stadium Tertutup Miri, Ahad lalu.
RASMI: Ahmad Lai memukul gong bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Miri di Stadium Tertutup Miri, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia