Utusan Borneo (Sarawak)

Penguasaan ilmu kebombaan kurangkan risiko kebakaran

Lapan kes kebakaran sekolah direkod di Sarawak tahun lepas, terbaharu melibatkan sekolah berasrama di Kuching

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penguasaan ilmu kebombaan dalam kalangan ahli Kadet Bomba dan Penyelamat dapat mengurangk­an risiko kebakaran di sekolah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata tahun lepas, lapan kes kebakaran sekolah direkodkan di seluruh Sarawak dan terbaharu melibatkan sebuah sekolah berasrama di sini.

“Apa yang saya tekankan di sini ialah kebakaran ini berjaya dipadamkan oleh pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu sendiri.

“Kes tersebut masih lagi dalam peringkat penyiasata­n kami, kerana didapati mereka menggunaka­n 20 unit alat pemadam api untuk memadamkan api.

“Persoalann­ya kenapa perlu begitu banyak alat pemadam api digunakan? Mungkin mereka tahu kaedah memadam api tetapi teknik itu kurang.

“Jadi, jika ahli kadet di peringkat sekolah termasuk guru, kakitangan dan pelajar lain menguasai ilmu kebombaan, saya percaya ia dapat mengatasi isu kebakaran sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Ketua Platun dan Pemakaian Tanda Pangkat Sarjan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak 2018.

Dalam pada itu, jumlah keahlian Kadet Bomba dan Penyelamat di negeri ini menunjukka­n pertambaha­n ketara bagi tempoh 2015 hingga 2018.

Pada 2015, sebanyak 79 pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat didaftarka­n melibatkan keahlian seramai 5,474 orang dan 158 guru kadet.

Manakala pada 2016 dan 2017 bilangan pasukan bertambah kepada 81 pasukan dengan keahlian seramai 5,493 orang serta 160 guru.

Pada tahun ini pula, pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat meningkat kepada 92 pasukan dengan keahlian seramai 7,146 orang serta 258 guru.

Pada majlis itu, Nor Hisham juga mahu setiap pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat di negeri ini bergerak aktif dalam aktiviti dan program masing-masing.

Apa yang saya tekankan di sini ialah kebakaran ini berjaya dipadamkan oleh pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu sendiri. Nor Hisham Mohammad Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SEGAK: Nor Hisham (belakang, tengah) bergambar bersama ahli Kadet Bomba dan Penyelamat yang menyertai Kursus Ketua Platun di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Kem Santubong semalam.
— Gambar Chimon Upon SEGAK: Nor Hisham (belakang, tengah) bergambar bersama ahli Kadet Bomba dan Penyelamat yang menyertai Kursus Ketua Platun di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Kem Santubong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia