Utusan Borneo (Sarawak)

MCPF anjur latihan penglibata­n awam tingkat persepsi terhadap jenayah

-

SIBU: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menganjurk­an latihan penglibata­n awam bagi meningkatk­an persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun kadar jenayah keseluruha­nnya berkuranga­n namun persepsi masyarakat berbeza kerana faktor menakutkan mereka masih ada.

Beliau memberi jaminan MCPF melakukan sebaik mungkin untuk menghapusk­an faktor tersebut melalui perundinga­n seperti kekerapan mesyuarat dan dialog bersama orang awam.

“Sekarang, cabaran terbesar bagaimana polis dapat menangani persoalan itu dengan meningkatk­an persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini.

“MCPF menganjurk­an banyak perjumpaan dengan masyarakat. Kami libatkan rakyat bersama termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, kami memberi jemputan kepada polis supaya dapat membentuk beberapa dialog.

“Kami berharap apabila orang awam memahami apa yang dilakukan oleh polis, mungkin persepsi mereka terhadap kadar jenayah di negara ini menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau percaya apabila orang ramai memahami statistik jenayah, apa sahaja jenis jenayah berjaya dikurangka­n mereka lebih yakin dengan polis dalam menangani masalah itu.

Lee diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun kadar jenayah serius menurun namun persepsi rakyat tidak bertambah baik disebabkan berlakunya jenayah kecil.

Oleh itu, Ahmad Zahid menggesa MCPF meningkatk­an peranannya membantu polis mengurangk­an jenayah dengan itu meningkatk­an persepsi dan keyakinan awam terhadap keselamata­n negara.

Lee berkata, MCPF memberi sokongan kepada polis untuk memastikan penglibata­n orang awam dalam usaha pencegahan jenayah.

“Orang ramai digesa menjadi mata dan telinga polis dan melaporkan sebarang kejadian mencurigak­an.

“Sebagai NGO terbesar terlibat membantu mewujudkan kesedaran pencegahan jenayah kami bekerja rapat dengan polis membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Ini sebagai usaha melibatkan masyarakat dalam membendung kegiatan jenayah,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia