Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah yang lumayan bakal menanti pemenang pertanding­an memancing

-

BINTULU: Hadiah lumayan bakal menanti pemenang Pertanding­an Memancing Terbuka Bintulu 2018 pada 29 April depan di Tebingan Promenade Bintulu sempena sambutan ulang tahun ke-40 Persatuan Melanau Bintulu (PMB).

Juara bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua (RM3,000) dan tempat ketiga ( RM1,000) masing-masing turut disertakan bersama hadiah iringan berupa set peralatan memancing.

Dalam pada itu, tempat keempat bakal menerima hadiah wang tunai RM600, kelima (RM400) dan turut disertakan hadiah iringan berupa set peralatan memancing.

Bagi pemenang tempat keenam hingga ke- 10 menerima hadiah sagu hati RM100 manakala tempat ke- 11 hingga ke-25 menerima hadiah RM50 seorang.

Acara bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang. Penganjur menyaranka­n agar setiap peserta datang awal bagi memudahkan mengatur pertanding­an berjalan dengan lancar.

Penganjur turut memberi baju kemeja-T bagi 150 peserta terawal mendaftar menyertai pertanding­an tersebut.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubung­i ahli jawatankua­sa penganjur, Awang Drahman Awang Lai di talian 012-8961802, Abdul Malik Sulaiman ( 011- 19193929) dan Abu Bakar Anuar (0194392726).

Bagi mendapatka­n borang penyertaan peserta harus datang sendiri ke Kedai Loconia, Lot 7649, Ground Floor, Medan Sentral Commercial Centre di Jalan Sultan Iskandar di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia