Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasukan, 40 ahli Kadet Bomba dan Penyelamat wakili Sarawak

-

SIBU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Agama Sibu menyasarka­n kutipan dana berjumlah RM50,000 daripada majlis makan malam amal pada 14 April di Dewan Suarah Sibu, bermula jam 7.15 malam.

Menurut penyelaras program Mohd Safree Mohd Kassim, majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan mengutip dana bagi membantu menaik taraf prasarana serta keperluan kebajikan dan pendidikan murid dan guru.

“Pihak jawatankua­sa penganjur berharap program itu dapat mencapai sasarannya melalui sumbangan daripada wakil rakyat tempatan, ahli korporat, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas pelajar dan orang ramai,” kata Mohd Safree, kelmarin.

Mohd Safree yang juga pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu dan Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Nangka, mengucapka­n terima kasih kepada PIBG SK Agama Sibu kerana menjemputn­ya menjadi penyelaras program tersebut.

Justeru, beliau berharap semua pihak yang terlibat dengan penganjura­n majlis itu akan bekerjasam­a memastikan kelancaran program.

“Walaupun usaha dan komitmen untuk memastikan kejayaan majlis itu adalah mencabar, tetapi pengalaman­nya akan memotivasi­kan kita,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Agama Sibu Saidal Mat merakam setinggi-tinggi penghargaa­n kepada PIBG sekolah atas komitmen mereka membantu membangunk­an sekolah dalam semua perkara terutama dalam aspek perkembang­an sekolah.

Berhubung penjualan meja, Mohd Safree berkata, 30 meja dijual pada harga RM1,000 setiap satu manakala 55 meja berharga RM800 setiap satu.

Setakat ini, 23 daripada 30 meja RM1,000 itu telah ditempah manakala 18 daripada 55 meja RM800 terjual.

Bagi mereka yang ingin menempah meja, hubungi Mohd Kassim ( 0138037300), Kasim Mentali daripada PIBG SK Agama Sibu (011-10267008), Saimi (012-8053787), Yusran (0112501410­6) atau Sarimah (0168900547). KUCHING: Sarawak akan menghantar lapan pasukan dan 40 ahli Kadet Bomba dan Penyelamat ke Pertanding­an Perkhemaha­n Peringkat Kebangsaan di Kedah tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata Sarawak tidak mahu ketinggala­n dalam pertanding­an dan mahu merebut kembali kejuaraan yang pernah dimenangi sebelum ini.

“Sudah dua tahun kita (Sarawak) tidak menghantar pasukan ke pertanding­an ini berikutan masalah dana.

“Tetapi tahun ini, kita bersyukur apabila permasalah­an dinyatakan ia menerima maklum balas segera daripada Jabatan Pendidikan Daerah Kuching.

“Tiket penerbanga­n ditaja oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala makan minum serta kos pengangkut­an di lapangan ditaja oleh Jabatan Bomba sendiri.

“Manakala perbelanja­an lain atas komitmen pihak sekolah sendiri sama ada ditaja oleh ibu bapa pelajar, PIBG, individu atau badan korporat,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai masalah dana yang menjadi kekangan untuk jabatan menghantar pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Sarawak ke pertanding­an di luar Sarawak.

Terdahulu Nor Hisham berkata masalah dana adalah kritikal kerana tidak menerima satu sen peruntukan bagi tujuan tersebut.

Bagi menjimatka­n kos tahun ini, jabatan katanya memilih sekolah dari Zon Kuching untuk mewakili Sarawak di Kedah.

Manakala bagi zon-zon lain, jabatan telah dan akan mengadakan program perkhemaha­n di setiap zon agar mereka tidak ketinggala­n daripada aktiviti utama pasukan kadet negara ini.

Terdahulu, Nor Hisham merasmikan penutupan Kursus Ketua Platun dan Pemakaian Tanda Pangkat Sarjan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat bagi sekolahsek­olah di Sarawak.

Sebanyak 13 sekolah menyertai kursus tersebut melibatkan seramai 59 ketua platun selama tiga hari di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Kem Santubong dekat ini.

 ??  ?? UNTUK SEKOLAH: Saidal (depan, dua kanan), Kassim (depan, dua kiri), Mohd Safree (belakang, dua kiri) dan yang lain bergambar bersama sepanduk dan kain rentang majlis makan malam amal sekolah itu.
UNTUK SEKOLAH: Saidal (depan, dua kanan), Kassim (depan, dua kiri), Mohd Safree (belakang, dua kiri) dan yang lain bergambar bersama sepanduk dan kain rentang majlis makan malam amal sekolah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia