Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa pendidikan sempurna, keciciran persekolah­an menjadikan generasi kini tidak berupaya bersaing

- Oleh Frankie Junau

LUBUK ANTU: Pendidikan sempurna adalah kunci kepada kehidupan dan jalan terbaik untuk mengubah masyarakat dari terus dicengkam kemiskinan.

Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak menegaskan bahawa tanpa pendidikan sempurna dan keciciran dari alam persekolah­an menjadikan generasi hari ini tidak berupaya bersaing dengan rakan seusia mereka terutama dalam mengejar cita- cita masing-masing.

“Maka itu, saya kerap menyaranka­n kepada ibu bapa agar menyediaka­n peluang pendidikan sempurna kepada anak-anak kerana generasi tersebut bakal mencorakka­n hala tuju diri, keluarga dan negeri malah negara Malaysia suatu hari nanti,” katanya.

“Malah saya tanpa jemu berpesan kepada anda sebagai ibu bapa dan penjaga agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai batu penghalang dalam menyediaka­n pendidikan hingga ke menara gading kerana kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) banyak menyediaka­n

Maka itu, saya kerap menyaranka­n kepada ibu bapa agar menyediaka­n peluang pendidikan sempurna kepada anak-anak kerana generasi tersebut bakal mencorakka­n hala tuju diri, keluarga dan negeri malah negara Malaysia suatu hari nanti. Datuk William Nyalau Badak Ahli Parlimen Lubok Antu

kemudahan termasuk biasiswa dan pinjaman untuk anak-anak menyambung persekolah­an mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengetua Boo Mee Lian, Yang Dipertua PIBG Kaunselor Zainie Aji dan Timbalan Yang Dipertua PIBG Jimbun Massa.

Tambahnya, sudah menjadi misi dan visi beliau selaku Ahli Parlimen Lubok Antu melihat setiap keluarga melahirkan sekurang- kurangnya dua graduan yang secara tidak langsung dapat memenuhi pasaran tenaga kerja mahir dan separuh untuk negeri dan negara ini kelak.

“Ketika ini kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyasarka­n rakyat Sarawak berpendapa­tan tinggi sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan menjelang 2020.

“Justeru kita berharap misi tersebut dapat digapai dengan generasi muda kini dibekalkan dengan ilmu pengetahua­n dan berpendidi­kan tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Nyalau menggesa ibu bapa dan guru saling bekerjasam­a kerana tanpa sokongan semua pihak menerusi PIBG menjadikan impian kerajaan hanya tinggal misi sahaja.

Katanya, pengetua dan guru termasuk ibu bapa menerusi PIBG harus sepasukan dan tidak mencampura­dukkan politik ke dalam pembanguna­n pendidikan kerana ia tidak baik untuk perkembang­an akademik pelajar.

“Mungkin bukan semua ibu bapa dan guru berfikiran begitu namun saya berharap anda tidak membabitka­n aspek politik yang dipegang dicampur aduk ke dalam bidang akademik anakanak terutama bagi yang memegang jawatan dalam PIBG,” katanya.

Pada majlis sama, Nyalau turut memberi insentif RM100 kepada pelajar tingkatan lima yang mencatat 5A dan pelajar PT3 pula bakal menerima RM50 juga bagi keputusan 5A membabitka­n peruntukan berjumlah RM15,000.

Sebagai tambahan, beliau mengumumka­n peruntukan RM150,000 sebagai dana untuk membaik pulih dewan serta jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Majlis turut dihadiri sekitar RM500 tetamu termasuk Timbalan Yang Dipertua Jimbun Massa, penghulu, kaunselor, kapitan, tuai rumah, ibu bapa serta pelajar sekolah.

 ??  ?? SUNTIKAN SEMANGAT: Nyalau menyampaik­an insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an Boo (dua kiri), Zaini (empat kanan), Jimbun (tiga kanan) serta yang lain pada pemberian insentif PT3 bagi tahun 2017 semalam.
SUNTIKAN SEMANGAT: Nyalau menyampaik­an insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an Boo (dua kiri), Zaini (empat kanan), Jimbun (tiga kanan) serta yang lain pada pemberian insentif PT3 bagi tahun 2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia