Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar pelbagai kaum meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina IBS

-

MIRI: Semestinya menjadi tradisi setiap perayaan akan dirayakan bersama bagi berkongsi keunikan budaya dan warisan.

Tahun ini, Kolej IBS Miri sekali lagi dimeriahka­n dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina peringkat kolej dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar bersama kakitangan dan pensyarah.

Presiden dan Pengetua Kolej IBS Miri Dr Antony Hii menyampaik­an nasihat dan harapan beliau agar pelajar meneruskan momentum pengajian mereka dan maju ke hadapan bagi mencapai matlamat dalam pembelanja­ran mereka.

Di samping itu, beliau juga berasa bertuah kerana perayaan Tahun Baharu Cina bukan hanya disambut kalangan masyarakat Cina di Kolej IBS tetapi turut dirasai kemeriahan­nya oleh pelajar berbeza agama dan etnik.

Beliau berpendapa­t setiap perayaan akan disambut kerana ini adalah tradisi dan warisan yang harus dijaga.

Bagi melengkapk­an perayaan tahun ini seperti t r a d i s i n y a , p e l a j a r , kakitangan dan pensyarah turut mendapat angpau.

Sesi kemasukan Mac dan Mei kini dibuka bagi lepasan SPM, diploma dan ijazah sarjana muda.

Kolej IBS juga menawarkan pengajian peringkat sarjana (master) bagi lepasan ijazah sarjana muda. Program sarjana merupakan kerjasama antara Kolej IBS dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi talian 085-438666 atau e-mel ke info@ ibs. edu. my atau lawati laman utama Kolej IBS di www.ibs.edu.my.

 ??  ?? ANGPAU: Dr Hii (tengah) menyampaik­an angpau kepada para pelajar.
ANGPAU: Dr Hii (tengah) menyampaik­an angpau kepada para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia