Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak sokong usaha bentang, meluluskan RUU Berita Palsu

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak menyokong usaha membentang dan seterusnya meluluskan Rang Undang- Undang ( RUU) Berita Palsu di Parlimen.

Perkara itu didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol ketika berucap pada Majlis Tautan Mesra Bersama Media 2018 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak di sini semalam.

“Saya bertanya rakan-rakan dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri, rata-rata mereka termasuk saya menyokong RUU (Akta) Berita Palsu ini.

“Sudah tentu, ketika ini terdapat beberapa undang-undang seperti Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM), Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan sebagainya untuk mengendali­kan semua bentuk berita dan maklumat palsu,” katanya.

Bagaimanap­un Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berharap Akta Berita Palsu yang dicadangka­n itu tidak hanya membendung berita palsu tetapi maklumat yang mengeliruk­an.

Sebagai contoh katanya, seseorang mungkin menulis gambir Sarawak boleh bertahan selama sejam tetapi selepas lima minit ia habis.

“Dalam contoh ini, apa yang dinyatakan mengenai gambir Sarawak adalah mengeliruk­an, tidak tepat dan tidak bertanggun­gjawab.

“Oleh itu, kita berharap berita- berita yang tidak bertanggun­gjawab seperti ini juga akan disenaraik­an dalam Akta Berita Palsu itu nanti,” tegasnya.

Baru- baru ini, media melaporkan draf akhir untuk RUU Berita Palsu akan dibentangk­an di kabinet dalam waktu terdekat ini.

Rang undang-undang itu dikatakan telah dimuktamad­kan oleh jawatankua­sa khas terdiri daripada wakil kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamata­n Negara dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC) yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Januari lepas.

Undang- undang yang dicadangka­n, menurut kerajaan, adalah untuk melindungi rakyat daripada menjadi mangsa berita palsu.

Sementara itu Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hasyim dalam ucapan aluannya berkata penganjura­n majlis itu merupakan acara tahunan untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama antara jabatan berkenaan dengan pengamal media di negeri ini.

Beliau berkata kerjasama itu penting memandangk­an berlaku perubahan menyaksika­n penduduk dunia mula beralih kepada media sosial.

“Hari ini 50 peratus daripada 7.5 bilion populasi dunia mengakses kepada Internet dan daripada jumlah itu 2.78 bilion ( 37 peratus) adalah celik media social atau aktif bermedia sosial.

“Menurut konsultan media sosial tempatan (ORION), suatu yang mengejutka­n apabila mendapati terdapat 1.3 juta daripada 13.3 juta pengguna FB ( Facebook) di Malaysia adalah dari Sarawak,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Hassan Busu dan Pegawai Tadbir Khas Jabatan Ketua Menteri Datuk Norhyati Mohd Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia