Utusan Borneo (Sarawak)

Tadika 3 Bees menjayakan pertanding­an nyanyian dan mewarna

-

MIRI: Jasmine Lai, Criyshtian Ronald Martin dan Jennabel Yii masing-masing dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertanding­an menyanyi anjuran Tadika 3 Bees di Bintang Megamall Miri, petang semalam.

Enam pemenang sagu hati pula masing-masing diraih Jeffery Ling, Dareen Lau, Rebecca Ling, Jocelyn Lau, Jackson Paul Usa dan Jolyn Wong.

Bagi pertanding­an mewarna, Lee Yee Kim, Isabella Chung dan Annabelle Paya Peter memenangi tiga tangga teratas kategori A.

Tiga lagi hadiah sagu hati dimenangi Clarabelle Chung, Alexander Madang dan Dhavioney Ryzhell.

Bagi Kategori B pula, tiga tangga teratas menjadi milik Nur Alfira Syahzreen (pertama), Lee Shueh Chien (kedua) dan Hanna Carltra Henry (ketiga).

Manakala enam sagu hati dimenangi Colby Tagung Cliffton, Vincent Len, Nur Amira Marcella, Kenny Len, Francesa Nayah Bantin dan Daphne Ryzbelle Nelson.

Penyampaia­n hadiah kepada para pemenang dis- empurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting yang diiringi Pengarah Tadika 3Bees Alvina Chung.

Selain pertanding­an tersebut, turut diselitkan acara persembaha­n oleh tenaga pengajar tadika terbabit dan cabutan bertuah.

Aktiviti yang terbuka kepada kanak-kanak tadika dan sekolah rendah sekitar Miri itu bertujuan mengasah serta mengenali bakat terpendam dalam kalangan mereka, di samping merapatkan hubungan antara pihak tadika dan masyarakat setempat.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Berdiri, tujuh belakang) Alvina, Ting serta tenaga pengajar tadika 3Bees merakam kenangan bersama para pemenang pertanding­an menyanyi dan mewarna sempena Talent Day, di Miri petang semalam.
UNTUK ALBUM: (Berdiri, tujuh belakang) Alvina, Ting serta tenaga pengajar tadika 3Bees merakam kenangan bersama para pemenang pertanding­an menyanyi dan mewarna sempena Talent Day, di Miri petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia