Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanian hidroponik wajar dikembangk­an di bandar

Kaedah pertanian ini amat ringkas, mudah dilaksana kerana tidak melibatkan penggunaan tanah: Majang

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Konsep pertanian secara hidroponik wajar dikembangk­an di kawasan bandar kerana ia dapat dijalankan dengan mudah di kawasan kediaman, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi.

Jelasnya, kaedah pertanian secara hidroponik ini amat ringkas dan mudah dilaksanak­an kerana tidak melibatkan penggunaan tanah.

“Hidroponik adalah satu teknik penanaman yang tidak lagi asing di negara ini, namun tidak dipraktikk­an secara meluas kerana kesedaran mengenai kebaikanny­a masih kurang dalam kalangan masyarakat setempat,” ujarnya.

Justerukat­anya, pendekatan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dalam melaksanak­an program berkaitan tanaman hidroponik dalam kalangan masyarakat tempatan amat dialu-alukan kerana ia boleh menjadi sumber sayursayur­an buat seisi keluarga,

Hidroponik adalah satu teknik penanaman yang tidak lagi asing di negara ini, namun tidak dipraktikk­an secara meluas kerana kesedaran mengenai kebaikanny­a masih kurang dalam kalangan masyarakat setempat. Majang Renggi ADUN Samalaju

selain menjadi sumber pendapatan sampingan yang menguntung­kan sekiranya diusahakan bersungguh­sungguh.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pertanian Bandar Dengan Masyarakat 1.0 anjuran Kelab Sains Pertanian UPMKB di Rumah Endawie Maga, Sungai Kelalong, Jalan Bintulu-Miri, malam kelmarin.

Jelasnya, sudah tiba masanya bagi setiap isi rumah mempraktik­kan cara penanaman sayursayur­an moden tanpa terlalu bergantung kepada corak pertanian tradisiona­l y a n g m e n g g u n a k a n banyak baja dan racun. Tambahan pula katanya, corak pertanian sebegini yang mudah alih dan sesuai dijalankan di kawasan kediaman, senang dikendalik­an tanpa memerlukan kos yang tinggi.

“Justeru, saya amat berterima kasih kepada UPMKB yang sanggup berkongsi ilmu dengan penduduk kampung dengan teknik hidroponik ini dan semoga akan diteruskan lagi pada masa depan,” ujarnya.

Dekan Fakulti Pertanian, Sains dan Teknokogi UPMKB Dr Shahrul Razid Sarbini dan Ketua Jabatan Sains Tanaman UPMKB Dr Wan Asrina Wan Yahaya antara yang hadir pada program tersebut.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Majang (berdiri di tengah dari belakang) merakam kenangan bersama para pelajar UPMKB dan penduduk rumah panjang yang menyertai program berkenaan.
UNTUK ALBUM: Majang (berdiri di tengah dari belakang) merakam kenangan bersama para pelajar UPMKB dan penduduk rumah panjang yang menyertai program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia