Utusan Borneo (Sarawak)

Tender projek naik taraf bekalan air di Pusa, Beladin dibuka sejak 28 Feb lepas

-

KUCHING: Tender projek meningkatk­an sistem retikulasi air dan sistem bekalan air di Pusa dan Beladin telah dikeluarka­n pada 28 Februari lepas dan ditutup pada 19 Mac ini.

Kerja- kerja pembinaan untuk Projek Naik Taraf Sistem Bekalan Paip Air Kawasan Pusa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro itu dijangka akan dimulakan pada penghujung April depan untuk tempoh 12 bulan.

“Projek tersebut dianggar- kan bernilai RM12 juta bagi menggantik­an saluran paip yang terlalu kecil di kawasan Kampung Pusa Seberang (termasuk Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Hilir) dan Kampung Beladin dalam usaha mengurangk­an NRW,” kata Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore.

Projek itu telah diumumkan dan dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Februari 2016 ketika beliau mengumumka­n pembukaan Sekolah Kebangsaan Pusa di Betong sekitar ‘walkabout’ yang dijalankan sempena Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya menyedari kesulitan yang dihadapi penduduk kampung dan beliau sendiri telah turun padang pada 10 Mac lepas untuk melihat sendiri keadaan.

Zaki diiringi wakil Pejabat Pembanguna­n Sarawak (SDO) Mohd Zaki Mahyuddin, Timbalan Pengarah Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Rodziah Mohammad dan Pegawai Pentadbira­n Pejabat Daerah Pusa Iszarul Japar.

“Kebanyakan paip di Kampung Pusa terlalu uzur, bocor dan ditanam jauh ke dalam tanah jalan kampung yang dibina.

“Skop projek akan merangkumi kerja- kerja mengorek dan mengeluark­an semua paip tersebut kerana telah berusia, mengatur semula paip baharu dan retikulasi paip di dalam koridor yang mempunyai kawalan injap air dan banyak lagi bagi memberi bekalan air yang mencukupi kepada penduduk di kawasan ini,” katanya semalam.

Sesi dialog akan dilakukan bersama penduduk kampung untuk menjelaska­n kepada mereka tentang projek berkenaan sejajar dengan dasar kerajaan untuk melaksanak­an pembanguna­n di kawasan kampung.

 ??  ?? KEMBALI LAGI: S1FU Kids Obstacle Challenge akan diadakan untuk kali ketiga pada Sabtu, 17 Mac ini di Balai Bomba Lopeng.
KEMBALI LAGI: S1FU Kids Obstacle Challenge akan diadakan untuk kali ketiga pada Sabtu, 17 Mac ini di Balai Bomba Lopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia